Hari Ini Sudah Berselawat

Punca Kes Polis Tembak Isteri, Bapa Mertua Dan Bunuh Diri

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera

MasyaAllah, suatu berita yang memeranjatkan seluruh warga negara Melaysia khususnya telah terjadi di negara kita baru-baru ini.

Seorang anggota polis berpangkat Lans Korporal yang dikenali sebagai Fadzly Omar, 29 telah telah menembak mati isteri serta bapa mertuanya sebelum menembak dirinya sendiri. 

Kejadian yang cukup tragis ini telah berlaku di Felda Chempelak, Labis dan di Kampung Padang Lerek 1.


Punca Kes Polis Tembak Isteri, Bapa Mertua Dan Bunuh Diri


Setelah membaca kes ini, pasti ramai yang menimbulkan persoalan apakah punca berlakukanya kes sebegini?

Barangkali ada yang beranggapan bahawa yang bersalah dalam hal ini adalah anggota polis tersebut kerana dia melakukan tembakan.

Wallahu'alam.

Namun, persoalan yang menjadi tanda tanya kepada setiap orang yang mengetahui kejadian ini terjawab setelah salah seorang ahli keluarga mangsa tampil memberi keterangan.

Menerusi mstar , abang ipar suspek,  Ezam Abdul Kadir, 34 , memberi sedikit gambaran bahawa hubungan adiknya dengan Fadzly Omar agak dingin sejak kebelakangan ini.

Adiknya, Norakmal Abd Kadir, 26 tidak tinggal bersama suspek di Pondok Polis Felda Chemplak, Labis sejak akhir-akhir ini.

"Adik saya akan pergi tinggal bersama pada setiap petang Jumaat selepas habis kerja dan pulang ke Tangkak pada petang Ahad. Petang Jumaat lalu, dia seperti biasa pergi menemui suaminya di Labis bersama anak lelakinya dan arwah ada meminta saya tinggalkan wang RM10 untuk bekalan ke sana. Itulah kali terkahir saya jumpa arwah."

Mungkin kerana suspek mengalami tekanan perasaan akibat sunyi di tinggalkan oleh isteri berseorangan di rumah di Pondok Felda Chemplak, Labis.

Oleh kerana isteri suspek kerap balik ke rumah ibubapanya, dia berasa cemburu dan menyimpan perasaan marah terhadap isteri dan mertuanya.

Akibat tidak dapat menahan sakit hatinya, dia bertindak menembak kedua-dua mereka dan seterusnya menembak dirinya sendiri.

Pandangan Peribadi


Kesian anak mereka yang tidak berdosa. Saya kira, kes yang berlaku ini adalah paling tragis di negara kita Malaysia.

Kita wajib akur bahawa segala yang berlaku tetap dalam percaturan Allah SWT. Sebagai manusia yang masih diberi peluang untuk berfikir, seharusnya kita mengambil iktibar dari kejadian yang berlaku.

Tidak perlulah kita menghukum siapa yang salah, siapa yang betul. Siapa kita? Allah Maha Kuasa. Allah Mengetahui Segala-galanya.

Dalam konteks kekeluargaan, Allah SWT telah menetapkan bahawa, apabila seorang perempuan yang telah berkahwin, tanggungjawabnya yang utama adalah kepada suaminya, bukan lagi ibu atau bapanya.

Begitu juga ibu bapa kepada isteri, apabila anak perempuan mereka telah berkahwin, usah diganggu hidup mereka. Sedarlah bahawa tanggungjawab anak mereka telah berpindah kepada menantu mereka yang lelaki.

Kepada diri saya dan suami di luar sana, kita adalah ketua keluarga. Kesabaran yang tinggi perlu ada. Kita perlu jadi contoh yang terbaik. 

Keimanan perlu mantap. Ilmu agama perlu dicari sebanyak yang mungkin. Amalan ibadah perlu dilaksanakan sesempurna yang boleh.

Bermohonlah kepada Allah SWT agar kita semua dilindungi oleh Allah SWT. Jangan kita diuji dengan ujian yang tidak mampu kita tanggung.

Ya Allah didiklah aku menjadi hambaMu yang soleh.....


Tag : isu semasa
10 Komentar untuk "Punca Kes Polis Tembak Isteri, Bapa Mertua Dan Bunuh Diri"

setiap masalah mesti ada penyelesaiannya, tapi ini bukanlah jalannya.

Assalammualikum... NMB,

macam2 kejadian yang x diingini telah berlaku kan... bersabar aje lah penawar nya. Kekadang bila kita marah syaitan memang sudah mengoda kita .

mselim3

betul tu. dahulu kes bunuh diri ini banyak terjadi di luar negara, namun sekarang menular ke dalam negara kita

syaitan sentiasa ambil kesempatan terhadap kita

setiap masalah ada penyelesaiannya.. membunuh diri bukanlah penyelesaian yang terbaik.. semoga kisah ini menjadi ikhtibar kepada kita..

Saya terpaksa berterus terang... yang saya kurang
bersetuju dengan pedapat awak.. camna pon idea awak memang benar..
saya hormat awak atas penulisan ni

Here is my web-site ... Buat Duit Online

saya tidak memaksa untuk orang menyetujui pendapat saya. saya insan yang banyak kekurangan, kalau salah tolong tunjukkan.

semoga Allah lindungi kita semua

Ya betul sy setuju dgn tulisan ini.

Anak arwah kini dijaga oleh neneknya di kampung padang lerek , dan membesar dengan elok , tetapi sering diperkatakan oleh anak itu bahawa cara bagaimana bapanya membunuh ibunya iaitu kakak saudara saya

Back To Top