Hari Ini Sudah Berselawat

Kata-Kata Hikmah Saifuddin Muzaffar Al-Qutuz

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera

Dalam sejarah Islam, terdapat beberapa pemimpin hebat dan gemilang dari segi pemerintahan berlandaskan syariat Allah.

Kata-Kata Hikmah Saifuddin Muzaffar Al-Qutuz


Mereka teguh menggenggam hukum Allah SWT seketat-ketat mungkin dalam melaksanakan pentadbiran.

Kata-Kata Hikmah Saifuddin Muzaffar Al-Qutuz


Bukan setakat keperibadian, sistem pemerintahan yang adil dan penerapan cara hidup Islam yang perlu kita ambil perhatian daripada mereka ini, malahan bait kata-kata yang mereka ucapkan cukup berhikmah serta penuh iktibar.

Hari ini saya ingin berkongsi Kata-Kata Hikmah Saifuddin Muzaffar Al-Qutuz yang patut kita jadikan panduan hidup.

Sejarah Ringkas


Biarpun Nama Sultan Saifuddin Muzaffar Al-Qutuz tidak segah Sultan Muhammad Al-Fateh ataupun Sultan Salahuddin Al-Ayubi, namun sumbangan beliau terhadap Islam tidak kurang hebatnya.

Beliau merupakan seorang yang berketurunan Raja Mamluk Mesir. Tahta pemerintahannya bermula pada tahun 1259.

Sepanjang pemerintannya, beliau sanggup bekorban demi kemaslahatan umat Islam. Hal ini dapat dilihat dari segi kesanggupan menggadai barang-barang istana beliau termasuk harta pembesar-pembesar Mamluk.

Di samping itu, sultan ini tidak mengenakan cukai tambahan kepada rakyat jelata dalam usahanya mengumpul kewangan dalam persiapan menentang tentera Mongol.

Antara sumbangan beliau yang terpahat dalam suratan sejarah Islam ialah kejayaannya menewaskan tentera Monggol di bawah pemimpinan Kitbuqa di dalam peperangan Ain Jalut.

Sedangkan pada ketika itu, tentera Mongol telah menakluki Kota Islam iaitu Baghdad, Syria dan Asia Tengah. Hanya 3 kota Islam sahaja tinggal iaitu Makkah, Madinah dan Mesir.

Dalam perjuangan beliau menentang tentera Mogol, isteri tersayangnya juga turut berperang dan syahid akhirnya.
Rahsia Bisnes Tudung

Kata-Kata Hikmah Saifuddin Muzaffar Al-Qutuz


"Wahai kaum Muslimim, aku akan pergi berperang, Sesiapa yang mahu berjihad, ikut aku atau baliklah ke rumah. Tetapi Allah akan memerhatikan kamu. Kehormatan Muslimin yang dicabuli akan ditanggung oleh orang yang tidak mahu pergi berjihad." Saifuddin Muzaffar Al-Qutuz

Dalam keadaan dunia hari ini, tekanan terhadap umat Islam semakin menjadi-jadi dan bertambah hebat.

Kita semua begitu mengharapkan ada pemerintah-pemerintah yang sehebat beliau untuk menjulang kembali empayar Islam di seluruh dunia.


6 Komentar untuk "Kata-Kata Hikmah Saifuddin Muzaffar Al-Qutuz"

Pemimpin adalah ketua yang membawa halatuju orang bawahan... Mulianya dia membawa keabaikan kepada yang lain...

tersentuh saya dengan keperibadian baginda.

Memang dia membawa kebaikan kepada yang lain

semoga keperibadian dan kewibawaan beliau menjadi contoh kepimpinan di zaman kini..

Back To Top