Hari Ini Sudah Berselawat

Cara Mudah Balut Ketupat Daun Palas

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera 

Hari Raya bakal menjelma tidak lama lagi. Selepas ini ramailah ibu-ibu, nenek-nenek, kakak-kakak, adik-adik, abang-abang dan ayah-ayah yang akan mencari daun palas. Untuk apa? Apa lagi kalau bukan hendak membuat ketupat pulut.

Setiap kali datangnya Aidilfitri atau Aidiladha kami sekeluarga akan mengambil bahagian masing-masing untuk membantu mak dan abah membuat persiapan hari raya. 

Biasanya sehari sebelum raya, mak akan menanak pulut untuk dijadikan ketupat. Abah pula sediakan daun palas. Kalau tiada daun palas, daun pisang juga boleh dijadikan ketupat.

Saya tidak pandai membuat ketupat berbalut daun kelapa, tapi adik pertama dan bongsu saya pandai membuat ketupat daun kelapa.

Cara Mudah Balut Ketupat Daun Palas

Hari ini saya akan kongsikan bagaimana Cara Mudah Balut Ketupat Daun Palas. Sebelum itu, menurut orang-orang lama di kampung saya, ketupat ini terdiri daripada dua jenis iaitu ketupat jantan dan ketupat betina.

Pada mula saya membalut ketupat daun palas ini memang jadi betina. Tetapi orang lama kata ketupat betina tidak bagus kerana balutannya tidak kejap. Setelah mencuba beberapa kali Alhamdulillah berjaya juga.

Kepada mereka yang belum mencuba mungkin rasa susah. Tetapi bila sudah biasa tidaklah susah sangat. Di bawah ini saya lampirkan gambar yang akan menunjukkan Cara Mudah Balut Ketupat Daun Palas.

Anda boleh mengikut langkah demi langkah yang ditunjukkan bermula dari sebelah kiri ke kanan gambar. 



Mudahkan! Saya percaya, In Sha Allah anda boleh buat juga akhirnya. Selamat mencuba dan selamat menikmati ketupat hasil balutan sendiri.

Tag : Tip Pelbagai
5 Komentar untuk "Cara Mudah Balut Ketupat Daun Palas"

Saya memang suka ketupat ini. Kalau balik kampung, insya Allah abah mak mesti suruh balutkan.

aiza kalau buat ketupat daun palas selalu jadi betina je.. hehe.. tiap-tiap tahun raya insya-Allah family aiza akan buat ketupat ini..

jadi betina pun tidak mengapa asalkan jadi ketupat. tetapi orang lama suruh buat ketupat jantan sebab ikatannya lebih kejap.

ni ketupat betina

Back To Top