Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera
Tinggal beberapa hari sahaja lagi, kita semua (rakyat Malaysia berumur 21 tahun ke atas) yang mendaftar boleh menjalankan tanggungjawab mengundi.
Sebelum ini undi pos telah pun dijalankan pada 30April 2013.
Bagi yang belum mengundi dan bakal mengundi, Pilihan Raya 13 (PRU 13) kali ini penggunaan dakwat kekal diperkenalkan.
Proses untuk menjalankan proses pengundian bagi PRU 13 perlu melalui 6 Proses Dalam Bilik Mengundi.
Sebelum kita pergi mengundi, jangan lupa menyemak di manakah tempat kita mengundi yang sepatutnya. Jangan terus melulu ke tempat mengundi, ini kerana pihak SPR telah menyediakan banyak tempat pembuangan mengundi bagi melancarkan proses pembuangan undi.
Untuk menyemak tempat mengundi, bolehlah anda menyemaknya secara on-line ataupun sms. Bagi yang ingin menyemak menggunakan sms boleh ikut arahan dibawah ini.
Taip SPR <jarak> SEMAK<jarak>NO Kad Pengenlan dan hantar ke 15888Sebagai contoh: SPR SEMAK 880912015858 dan hantar ke 15888
6 Proses Dalam Bilik Mengundi
6 Proses Dalam Bilik Mengundi adalah seperti berikut:
- Pengundi masuk ke dalam bilik pembuangan undi
- Pengesahan pengundian menggunakan kad pengenalan
- Dakwat kekal dicalit pada jari telunjuk kiri dan pengeluaran kertas undi akan dilakukan
- Pengundi menandakan kertas di petak undi
- Kertas undi dimasukkan ke dalam peti undi bagi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri ( DUN)
- Pengundi keluar dari bilik mengundi
Tag :
isu semasa
0 Komentar untuk "6 Proses Dalam Bilik Mengundi"