Hari Ini Sudah Berselawat

Cabaran Profesion Perguruan

Assalamualaikum WBT

Saya merupakan salah seorang pengajar yang senasib dengan guru-guru di sekolah. 

Cabaran Profesion Perguruan
Pengurusan dewan peperiksaan



Meskipun persekitaran yang kami hadapi adalah berbeza, tetapi Cabaran profesion Perguruan tetap sama.

Sedikit perkongsian berkenaan dengan Cabaran profesion Perguruan.

Cabaran Profesion Perguruan

Guru merupakan pendidik untuk melahirkan insan yang berilmu.

Profesion keguruan adalah satu bentuk perkhidmatan sosial yang amat mencabar malah terdapat pelbagai tanggapan dan dakwaan berhubung profesion perguruan dewasa ini. . 

Ada yang melihat sekolah sebagai sebuah organisasi yang dihujani pelbagai bebanan tugas dan ada kalanya bentuk tugasan ini bukan yang terancang tapi sesuatu tidak terduga. 

Pandangan sebegini pasti akan menyebabkan reputasi profesion perguruan yang sentiasa dipandang tinggi dan mulia terjejas.

Guru profesion adalah seseorang yang tahu menghasilkan kerja bermutu tinggi dalam bidangnya serta sentiasa bersedia berkongsi kepakarannya di samping sentiasa berusaha memperbaiki dirinya. Matlamat kerjaya seorang guru ialah menghayati prinsip perkembangan yang berterusan. 

Impak daripada tugas yang dilaksanakan ternyata memberi sumbangan yang amat penting dalam pembangunan ekonomi dan masa depan generasi muda khususnya dalam konteks pembinaan modal insan. 

Seseorang guru perlu melalui beberapa peringkat dalam kerjayanya sebelum dapat mencapai ke tahap kepakaran atau kecemerlangan .

Antara cabaran yang perlu ditangani para pendidik kini adalah untuk melahirkan masyarakat bersatu padu, berilmu pengetahuan dan berdaya saing. Ini kerana masyarakat kini bersifat dinamik dan progresif serta mula menyedari bahawa pendidikan adalah alat penting untuk menjamin kesejahteraan hidup pada masa akan datang.

Pada asasnya profesion keguruan sejak dulu, kini dan selamanya adalah sama iaitu mengajar, mendidik serta merubah manusia yang bernama pelajar daripada keadaan tidak mengenal huruf, mengira dan membaca kepada celik huruf, bijak dan menjadi manusia berjaya. 

Tapi kenapa kini pandangan masyarakat terhadap guru dan profesionnya mula berubah. Jika dulu mereka dipandang tinggi tapi kini seakan-akan terpinggir. 

Perkembangan dan perubahan yang berlaku dalam bidang pendidikan hari ini menuntut perubahan perspektif masyarakat terhadap kerjaya ini.

Profesion keguruan tidak boleh dianggap sebagai satu kerjaya yang boleh diceburi sesiapa saja kerana hanya mereka mempunyai kualiti, berketerampilan, kewibawaan, kelayakan, minat. Iltizam, dan berjiwa pendidik layak menjadi guru.

Di samping menuntut kesungguhan dan tanggungjawab guru dalam mengharungi cabaran di era globalisasi, pemantapan kebajikan dan kerjaya harus diberikan penekanan sewajarnya.


Sumber maklumat : Harian Metro


Artikel dimasukkan pada 12 April 2011
0 Komentar untuk "Cabaran Profesion Perguruan"

Back To Top