Hari Ini Sudah Berselawat

Malaysia di Pentas ICT Dunia

Assalamualaikum

Ramai dalam kalangan rakyat kita yang bangga dengan pencapaian negara kita dalam bidan ICT. Benarkah kenyataan saya ini? Cuba baca artikel di bawah ini berkenaan Malaysia di Pentas ICT Dunia.


Malaysia di Pentas ICT Dunia


MEMBICARAKAN mengenai teknologi maklumat, Malaysia boleh berbangga dengan MSC Malaysia yang diasaskan pada 1996.

Ini kerana MSC mempunyai visi membuat transformasi kepada ekonomi berasaskan pengetahuan. Menerusi komitmen kerajaan, MSC Malaysia berfungsi memacu transformasi menerusi ICT, dan setakat ini banyak pencapaian yang dibawa ke tahap industri.

Di sebalik semua itu, Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDeC), sebagai agensi yang bertanggungjawab terhadap MSC Malaysia boleh berbangga dengan pencapaian itu berdasarkan pada tahun lepas, perolehan keseluruhan syarikat-syarikat MSC Malaysia ialah RM13 bilion, manakala eksport keseluruhan sebanyak RM4 bilion.

Daripada jumlah itu, syarikat Malaysia menyumbang 70 peratus, manakala kerja nilai tinggi yang dijana ialah 64,000.

Jumlah syarikat berstatus MSC pada masa ini ialah 2,045 syarikat dengan 77 peratus adalah dalam sektor perisian dan penyelesaian.

Sektor lain termasuk multimedia kreatif 10 peratus, perkhidmatan berkongsi dan sumber luar (SSO) dengan lapan peratus dan institut pengajian tinggi serta inkubator sebanyak 8 lima peratus.

Berdasarkan jumlah syarikat mengikut negara, Malaysia mendahului dengan 1,548, India (81), Singapura (70) dan Amerika Syarikat sebanyak 57 buah.

Negara lain termasuk United Kingdom (46), Australia (39), Belanda ( 25), Jerman ( 23) Kepulauan British Virgin (21) dan Jepun sebanyak 20 syarikat.

Menurutnya CEO MDeC, Datuk Badlisham Ghazali, penyertaan syarikat MSC dalam Kongres Teknologi Maklumat Dunia (WCIT) 2008 menandakan bahawa bidang ICT negara tekah mengalami lonjakan.

Malah katanya, berdasarkan sasaran kerajaan, sebanyak 100,000 peluang pekerjaan baru dijangka dapat diwujudkan menjelang 2010.

‘‘Ini merupakan peluang terbaik syarikat tempatan memperkembangkan syarikat ke peringkat antarabangsa,’’ katanya.

Justeru pemilihan Kuala Lumpur sebagai tuan rumah sangat kena pada masanya sebagai pengiktirafan negara yang ingin bangkit membangunkan industri ekonomi berasaskan pengetahuan (k-ekonomi) termasuk ICT.

Selain itu, aplikasi-aplikasi perdana MSC juga sebahagian besarnya telah dilaksanakan dan sedang dinikmati oleh rakyat negara ini seperti kad pintar, sekolah pintar, telekesihatan dan e-kerajaan.

WCIT 2008 ini juga boleh menjadi platform syarikat Malaysia meluaskan jaringan rangkaian untuk meningkatkan pasaran mereka ke peringkat global yang mana selama ini memerlukan mereka bersaing serta mengeluarkan kos.

Dua kementerian iaitu Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) serta Kementerian Tenaga Air dan Komunikasi (KTAK) antara dua ‘jentera’ memacu industri ICT negara untuk faedah rakyat.

Ini kerana banyak pelan pembangunan berkaitan khusus dengan ICT untuk rakyat digerakkan oleh dua kementerian terbabit.

Selain MSC Malaysia, turut diwujudkan ialah Pelan Jalur Lebar Negara dengan kos yang tinggi bagi membina prasarana, ke arah merapatkan jurang digital, sistem pengurusan dalam talian dan celik IT.

Kongres kali ini tidak dapat lari daripada isu-isu bagaimana ICT mampu meningkatkan kesejahteraan hidup, apatah lagi ia dihadiri tokoh-tokoh terkemuka dunia.

Sempena dengan WCIT 2008, terdapat beberapa lagi acara ICT yang berkaitan yang dianjurkan bagi memeriahkan lagi perhimpunan bertaraf antarabangsa yang diadakan julung-julung kali ini.

Acara awal yang diadakan ialah Pengkomputeran Grid yang dianjurkan oleh Mimos Berhad pada 15 dan 16 lalu.

Persidangan berkenaan memberi penekanan inisiatif Pengkomputeran Grid Kebangsaan dan bagaimana ia menjana enterpris dan industri tempatan, teknologi pengkomputeran grid dan trend pasaran.

Antara acara berkaitan WCIT 2008 adalah:

  • lPakatan Global Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu UNutk ICT dan Pembangunan (UN-GAID).
  • lForum Asia E-tadbir urus Pertubuhan Telekomunikasi Dunia.
  • lPersidangan Keselamatan Siber Kerjasama Pelbagai Hala Menentang Keganasan Dunia (IMPACT WCSS).
  • lMesyuarat Panel Penasihat Antarabangsa (IAP), MSC Malaysia.
  • lMesyuarat Agung Tahunan Gabungan Perkhidmatan dan Teknologi Maklumat Dunia (WITSA).
  • lMesyuarat Plenari Pertubuhan. Industri Komputer Asian-Oceania (ASOCIO).
  • lProgram Pakatan Strategik Cyber Development Corps (CDS).
  • lForum Global Mobile Monday.
  • lPameran Komputer Peribadi Antarabangsa 2008.

 
Sumber: http://www.ipislam.edu.my/index.php/artikel/read/45/Malaysia-di-pentas-ICT-dunia

0 Komentar untuk "Malaysia di Pentas ICT Dunia"

Back To Top