Hari Ini Sudah Berselawat

Prosedur Pelaksanaan Pemeriksaan semula dan penyuntingan

Assalamuaikum

Dalam proses menulis, terdapat beberapa prosedur yang boleh dijalankan bagi meningkatkan kualiti penulisan kita.

Hari ini saya kongsikan beberapa Prosedur Pelaksanaan Pemeriksaan semula dan penyuntingan yang boleh digunapakai oleh kita semua.

Prosedur Pelaksanaan Pemeriksaan semula dan penyuntingan


1. Mulakan dengan memeriksa ketepatan bahasa daripada segi ejaan, imbuhan, tatabahasa dan sebagainya. Perisian computer boleh digunakan sebagai pembantu.
2. Beri perhatian pada bahasa yang jelas dan ringkas serta kaitan antara kandungan.
3. Memastikan format persembahan selari dengan kehendak syarikat atau institusi
4. Tulis semula bagi penulisan yang dirasakan agak bercelaru sekiranya perlu
5. Pastikan objektif penulisan yang ditetapkan tercapai dan mengikut kehendak pengguna
6. Semak sekali lagi isi kandungan, jadual, graf dan rajah seperti yang dirancangkan
Sumber:

Goh Yin Soon, Wan Mohd Nazif Wan Mohd Nori(2006)Kemahiran Menulis. Selangor:PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.
0 Komentar untuk "Prosedur Pelaksanaan Pemeriksaan semula dan penyuntingan"

Back To Top