Hari Ini Sudah Berselawat

Pemeriksaan semula dan penyuntingan

Assalamualaikum

Dalam melakukan penulisan, kita perlukan Pemeriksaan semula dan penyuntingan. Mengapa perkara ini penting?

Pemeriksaan semula dan penyuntingan

Peringkat ini pemeriksaan dari segi ketepatan bahas, nahu dan sebagainya serta membuat penyuntingan dari segi susunan dan format bagi proses penambahbaikan.

Peringkat pemeriksaan tertumpu kepada kepada penggunaan bahasa dan peringkat penyuntingan tertumpu kepada susunan dan format. Pertama sekali periksa ejaan dan penggunaan kata yang tepat. Perisian pemeriksaan Komputer seperti Eja 3000 yang berfungsi penyemak perkataan boleh digunakan untuk menyemak ejaan. 

Namun, jangan terlalu bergantung kepada perisian tersebut kerana kebarangkalian untuk perisian itu melakukan kesalahan tetap ada. Penilaian dan perubahan juga mesti dilakukan pada peringkat ini.

Sumber:

Goh Yin Soon, Wan Mohd Nazif Wan Mohd Nori(2006)Kemahiran Menulis. Selangor:PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.
0 Komentar untuk "Pemeriksaan semula dan penyuntingan"

Back To Top