Emotional Quotient (EQ) ialah Kecerdasan Emosi dalam Bahasa Melayunya. Penyelidikan tentang EQ dimulakan oleh ahli psikologi yang bernama Yale Peter Salovey dan John Mayer dari University of New Hampshire pada akhir 1980-an. Konsep EQ kemudiannya dipelopori dan dikembangkan oleh Daniel Goleman, seorang psikologi dihormati, yang telah menulis banyak buku mengenai subjek ini dan beliau merupakan ketua Konsortium Penyelidikan Emotional Intelligence dalam organisasi tersebut. Ahli psikologi melihat EQ sebagai kajian saintifik perilaku dan hubungan sosial.
Terdapat pelbagai definisi kecerdasan emosional yang boleh ditemui di internet, buku-buku dan juga majalah yang terkenal. Antaranya ialah:
Kecerdasan emosional merupakan kemampuan untuk menjelaskan atau mengesahkan punca emosi dan menggunakan emosi untuk meningkatkan pemikiran.
Kecerdasan emosi merujuk pada kemampuan untuk mengenali makna emosi dan hubungannya, dan mencari punca untuk menyelesaikan masalah. Kecerdasan emosi terlibat dalam keupayaan untuk merasakan emosi, mencerna emosi-berkaitan perasaan, memahami maklumat daripada emosi orang lain, dan menguruskan emosi tersebut.
Sesorang yang mempunyai kecerdasan emosi yang tinggi mempunyai potensi untuk berjaya dalam hidup.
Tag :
Psikologi Kecerdasan
0 Komentar untuk "Tentang Kecerdasan Emosi"