Hari Ini Sudah Berselawat

Peranan Teknologi Pendidikan Dalam Pendidikan

Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera

Dalam dunia yang serba canggih pada hari ini, kita tidak terlepas daripada berdepan dengan teknologi.


Salah satu skop ilmu yang mempunyai peranan penting dalam pendidikan khususnya kepada pendidik yang baru atau lama ialah teknologi pendidikan. 

Peranan Teknologi Pendidikan Dalam Pendidikan

Kita semua sedia maklum bahawa Teknologi Pendidikan mempunyai peranan yang penting Dalam Pendidikan.

Perkembangan teknologi pendidikan seharusnya diambil perhatian oleh setiap orang pendidik.

Segala aplikasi yang perlu diterapkan ke dalam proses pengajaran dan pembelajaran perlu dikuasai dan diamalkan.

Teknologi dari aspek perkakasan semata-mata tidak mencukupi kerana hari ini terdapat pelbagai aspek teknologi pendidikan yang berjaya dicipta untuk digunapakai dalam institusi pendidikan antaranya ialah penggunaan media, perancangan, proses, pendekatan dari berbagai-bagai sudut ilmu termasuk psikologi, komunikasi dan lain-lain lagi.

Tumpuan yang boleh dibuat dalam teknologi pendidikan ialah usaha mempertingkatkan proses pengajaran dan pembelajaran dengan melakukan perancangan yang rapi terlebih dahulu. 

Perancangan yang rapi mencakupi objektif, isi kandungan yang sesuai, menyeluruh, perlaksanaan dan penilaian seperti dalam proses dalam pembentukan kurikulum.
0 Komentar untuk "Peranan Teknologi Pendidikan Dalam Pendidikan"

Back To Top