Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Sebagai manusia, kita memang tidak boleh lari dari masalah. Masalah yang banyak boleh mendatangkan bebanan dan tekanan dalam diri kita.
Oleh itu, kita perlu tangani masalah tersebut dengan baik dan secepat mungkin. Bagaimana cara untuk menggunakan pemikiran kita dalam menyelesaikan masalah?
Jawapannya, ada pada pemikiran kita. Sebenarnya, kita boleh menggunakan pemikiran analitikal untuk menyelesaikan masalah kita.
Orang yang dianggap mempunyai pemikiran analitikal ialah orang yang mampu melihat sesuatu perkara dengan terperinci.
Analitikal berkaitan dengan analisis iaitu proses memecahkan sesuatu yang besar kepada bahagian-bahagian yang kecil untuk di selesaikan (Ainon Mohd dan Abdullah Hassan, 2005).
Analitikal berkaitan dengan analisis iaitu proses memecahkan sesuatu yang besar kepada bahagian-bahagian yang kecil untuk di selesaikan (Ainon Mohd dan Abdullah Hassan, 2005).
Kemahiran pemikiran analitikal sangat diperlukan dalam meyelesaikan masalah yang kompleks. Ini kerana, ada ketika sesuatu masalah yang dilihat terlalu rumit tidak dapat atau lambat diselesaikan secara keseluruhan. Oleh itu, pendekatan pemikiran analitikal diperlukan dalam penyelesaian masalah.
Soalan-soalan yang mungkin ditanya dalam menganalisis ialah:
- apa?
- mengapa?
- siapa?
- di mana?
- bagaimana?
Mengalisis masalah dapat mencari punca-punca berlakunya sesuatu masalah. Pengetahuan tentang pemikiran analisis adalah baik untuk meningkatkan kemahiran berfikir analitik.
Usaha dan doa mesti seiring...
Rujukan:
Ainon Mohd dan Abdullah Hassan (2005). Kuasa Berfikir Kreatif. Pahang: PTS Millenia Sdn. Bhd.
Tag :
Berfikir
0 Komentar untuk "Penyelesaian Masalah dengan Pemikiran Analitikal"