Hari Ini Sudah Berselawat

Pemikiran Kreatif Dalam Penyelesaian Masalah

Assalamualaikum dan salam sejahtera...



Gambar dari:rissabela's


Saya pernah menyentuh tentang pemikiran kreatif dalam entri sebelum ini. Boleh di rujuk dalam kategori berfikir dalam blog ini.


Secara mudah, pemikiran kreatif ialah pemikiran yang dapat mencari alternatif yang pelbagai bagi satu-satu aspek.

Contohnya seseorang pelajar yang dapat menyelesaikan satu persoalan matematik dengan pelbagai kaedah, dianggap mempunyai pemikiran kreatif.


Dalam menyelesaikan masalah kehidupan juga pemikiran kreatif boleh digunakan di mana sekiranya satu masalah wujud jangan terus membuat keputusan bahawa ada satu jalan penyelesaian sahaja yang dapat dilakukan.


Cuba bertenang dan gunakan pemikiran kreatif yang ada untuk menyelesaikan masalah tersebut.


Contohnya, pernah satu ketika di sebuah bagunan ramai orang komplen sebab kesesakan ketika menaiki lif. Ramai orang fikir penyelesaiannya dengan menambah beberapa lif lagi.

Tapi ada idea yang menarik yang telah diberikan ialah dengan meletakkan cermin besar di depan pintu lif.

Cara ini didapati berkesan kerana kesesakan yang berlaku adalah disebabkan penaik lif tidak sabar dan naik marah dalam kesesakan. Dengan meletak cermin besar, mereka berasa malu hendak marah-marah.


Doa dan usaha mesti seiring...


Tag : Berfikir
1 Komentar untuk "Pemikiran Kreatif Dalam Penyelesaian Masalah"

Back To Top