Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Kita bakal menyambut kemerdekaan pada esok hari dan detik jam 12 malam ini akan kedengaran segelintir manusia melaungkan kemerdekaan. 2 3 minit kemudian berhenti dari laungan dan bersuka ria melakukan perbuatan sesuka hati kerana kegembiraan sebagai tanda meraikan kemerdekaan. Malah ada yang melakukan perbuatan terkutuk yang bercanggah dengan kehendak agama dan norma kehidupan sosial. Adakah itu erti kemerdekaan? Adakah mereka ini pejuang golongan penerus kemerdekaan? Sedangkan orang-orang terdahulu berjuang untuk mendapat kemerdakaan dengan kesusahan dan pengorbanan walaupun tanpa peperangan. Sebaliknya hari ini kemerdekaan disambut dengan pembaziran yang merugikan. Fikir-fikirkan lah..
Saya rasa, kemerdekaan bukan sekadar melaungkan merdeka!merdeka!merdeka! tetapi penghayatan kemerdekaan itu yang menjadi persoalan utama. Pengertian merdeka terlalu luas antaranya kita harus membebaskan diri dari belengu pemikiran penjajah, merdekakan diri dari ikatan fahaman yang bertentangan dengan agama Islam, jaukan dari kongkongan pemikiran negatif, keluarkan diri dari pengaruh budaya barat yang menyesatkan dan pelbagai lagi.
Yang penting sekali jauhkan sejauh-jauhnya pengaruh yang menghalang kita untuk mentaati perintah Allah SWT. Untuk itu banyakkan mencari ilmu.

Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.
0 Komentar untuk "Merdeka"