Hari Ini Sudah Berselawat

Definisi Status dan Peranan

Assalamualakum dan slam sejahtera...

Hari ini saya ingin berkongsi tentang sosiologi sikit iaitu berkenaan status dan peranan. Ini merupakan assigment saya yang pertama dalam subjek sosiologi.

Status dan Peranan


Status boleh didefinisikan sebagai kedudukan sosial seseorang dalam sesuatu system sosial dan secara umumya, status merupakan suatu koleksi hak dan obligasi, serta tidak semestinya mempunyai hierarki.  

Status seseorang individu berhubung kait dengan kedudukannya dalam sesuatu masyarakat dan dapat ditentukan di manakah seseorang itu dapat diletakkan dalam masyarakat serta bagaimana individu tersebut perlu berhubungan dengan orang lain. 

Contoh-contoh status ialah ayah, ibu, isteri, pelajar, polis, pensyarah, budak dan sebagainya. Kntayya Mariappan pula berpendapat status merujuk kepada martabat (prestige) atau penghormatan social(social honor) yang dimiliki oleh seorang individu atau kumpulan dalam masyarakat.

Menurut Ting Chew Peh, status berhubung kait dengan peranan ataupun rol dan kedua-dua item ini tidak dapat dipisahkan. 

Pandangan sosiologi menyatakan peranan ialah bahagian atau bahagian-bahagian yang dimainkan di dalam masyarakat. Peranan adalah pola kelakuan jangkaan (expected behaviour) yang berkait dengan status dan kedudukan social seseorang dalam sesuatu kelompok atau situasi sosial. 

Sebagai contoh, status sebagai pelajar, dia dijangka akan bertindak dengan cara-cara tertentu seperti menghadiri kelas, membaca buku, membuat tugasan dan mengikuti aktiviti kokurikulum. 

Begitu juga dengan guru, dijangkakan seorang guru akan memberi pengajaran, membuat penilaian hasil tugasan yang diberikan kepada pelajar, menghadiri mesyuarat berbagai jawatankuasa yang dianggotainya.
"It is our duty to compose our character, not to compose books and win, not battles and provinces, but order and tranquility for our conduct of life"
Tag : Sosiologi
0 Komentar untuk "Definisi Status dan Peranan"

Back To Top