Hari Ini Sudah Berselawat

Pesanan Seorang Guru Besar Kepada Ibu Bapa Yang Anaknya Nak Ambil Periksa

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Ya.


Minggu ini adalah minggu yang cukup menggetarkan hati anak-anak murid yang sedang menduduki peperiksaan UPSR.

Pesanan Seorang Guru Besar Kepada Ibu Bapa Yang Anaknya Nak Ambil Periksa
Pesanan Seorang Guru Besar Kepada Ibu Bapa Yang Anaknya Nak Ambil Periksa

Walaubagaimana getarnya hati anak murid, tetapi  hati ibu bapa kepada murid-murid yang sedang menduduki peperiksaan UPSR itu lebih menggetarkan rasanya.


Kalau ibu bapa yang sedang berdepan dengan kegetaran hati kerana anak hendak periksa, cuba anda baca Pesanan Seorang Guru Besar Kepada Ibu Bapa Yang Anaknya Nak Ambil Periksa


Pesanan Seorang Guru Besar Kepada Ibu Bapa Yang Anaknya Nak Ambil Periksa


Ibu bapa yang dikasihi sekalian,

Saya tahu tuan puan bersemangat untuk memastikan anak masing-masing dapat menjawab dengan baik di dalam peperiksaan.

Namun, tuan puan perlus sentiasa ingat, ada di antara anak-anak kita adalah seorang artis, yang tidak perlu memahami matematik.

Ada juga yang berjiwa usahawan, yang tidak peduli pun tentang Sejarah, atau pun Kesusasteraan Inggeris.

Ada juga berkemungkinan ahli muzik, yang mana markah subjek Kimia, tidaklah berharga.

Ada ahli sukan, iaitu mereka yang kemantapan fizikalnya jauh lebih penting berbanding subjek Fizik.

Jika anak anda mendapat markah tertinggi, baguslah. Namun jika tidak, tolonglah jangan rampas keyakinan dan maruah diri mereka.

Katakan pada mereka, tidak mengapa, itu hanyalah peperiksaan. Mereka ditakdirkan untuk perkara yang lebih besar dalam hidup

Katakan juga pada mereka, berapa pun yang mereka dapat, anda tetap sayangkan mereka, dan tidak menilai mereka.

Sila berbuat begini dan setelah itu, lihat sendiri bagaimana anak anda menguasai dunia. Satu peperiksaan atau markah 90% tidak akan dapat merampas impian mahupun bakat mereka.

Jangan sangka hanya doktor dan jurutera sahaja yang bahagia di dunia ini.



Saya doakan agar semua anak-anak kita diberikan kejayaan di dunia dan akhirat.
2 Komentar untuk "Pesanan Seorang Guru Besar Kepada Ibu Bapa Yang Anaknya Nak Ambil Periksa"

Back To Top