Hari Ini Sudah Berselawat

Luahan Seorang Murid Yang Dianggap Nakal Membuatkan Guru Ini Menangis

Asalamualaikum dan salam sejahtera


Allahummasolli'ala Saiyyidina Muhammad


Minggu ini adalah minggu peperiksaan UPSR. Diharapkan semua ibu bapa, murid-murid dan guru-guru bertenang dan banyakkan berdoa.


Mudah-mudahan diberi petunjukkan kepada murid-murid kita untuk menghadapi peperiksaan dengan jayanya.


Hari ini saya ingin berkongsi kisah seorang murid yang meluahkan rasa hatinya kepada seorang guru yang pernah memukulnya.


Mudah-mudahan kisah ini memberi pengajaran kepada kita semua.

Luahan Seorang Murid Yang Dianggap Nakal Membuatkan Guru Ini Menangis
Luahan Seorang Murid Yang Dianggap Nakal Membuatkan Guru Ini Menangis

Luahan Seorang Murid Yang Dianggap Nakal Membuatkan Guru Ini Menangis


 Suatu datang seorang murid kepada saya.


"Cikgu..!” sapanya.



“Semalam saya kena rotan dengan mak saya”, sambungnya membuatkan saya memusingkan badan lalu duduk betul-betul mengadapnya.


“Rotan kat mana?”, soal saya ingin tahu.


“Kat sini”, sambil dia menunjukkan lengannya yang kecil itu. Ya. Masih ada bekasnya. Kuat barangkali dirotan ibunya.


“Sakit ke?”, soal saya simpati.

Dia mengangguk berkali-kali.

“Menangis?”, tanya saya lagi.

Sekali lagi dia mengangguk.

“Kenapa mak rotan?”, soal saya sambil menggosok-gosok lengannya yang masih berbekas.

“Mak saya marah sebab saya nakal di sekolah.” Balasnya.

Ya. Memang minggu lepas saya menangkap beliau dan beberapa orang rakannya kerana melakukan kesalahan di sekolah.

“Macam mana mak saya tahu cikgu? Cikgu bagi tahu mak saya ke? Soalnya ingin tahu.

“Ya Adam, cikgu terpaksa beritahu mak Adam.”



Dia menundukkan kepala. Melihat contengan yang dibuat dengan pensilnya sejak dari tadi. Saya masih membelek-belek birat-birat tebal di lengannya.


“Cikgu!”sapanya lagi.


“Hari ni saya baik cikgu. Nanti cikgu bagi tahu mak saya tak?”


Soalannya betul-betul membuatkan saya terdiam. Bungkam rasanya mendengar soalan ini.


Jujurnya sepanjang menjadi guru, memang tidak pernah walau sekali pun saya menelefon ibu bapa atau penjaga, bercerita tentang kebaikan anak-anak mereka.


Saya juga yakin ibu bapa akan berasa pelik jika seseorang guru berbuat demikian.


Hati saya pada ketika itu seperti dihentak-hentak dengan keras. Anak ini seolah-olah merayu supaya diberikan keadilan untuknya.


Wahai sang guru, semalam kamu mengadu kepada ibu saya tentang kenakalan saya. Lalu saya terus dirotan teruk.


Maka hari ini apabila saya berakhlak baik, maka sepatutnya juga diberitahu kepada ibu saya, agar saya dipuji dan dikasihi semula ibu saya .

Benar. Bukan sahaja di sekolah, malah di rumah juga begitu. Berapa banyak kebaikan anak-anak berlaku begitu sahaja di hadapan mata.

Kebaikan yang mereka lakukan seolah-olah tidak ada nilai pada pandangan mata kita. Tidak pernah kita zahirkan kegembiraan terhadap kebaikan yang mereka tunjukkan.

Tetapi seandainya anak-anak berbuat kesalahan atau perangai yang jelek, cepat sahaja kita meninggikan suara, mengherdik dan memberikan amaran.

Mungkin kerana itu kita sering melihat anak-anak membuat nakal kerana mereka tidak kita kenalkan dengan kebaikan. Marah dan herdik lebih banyak kita lontarkan kepada mereka berbanding puji dan syukur.

Saya tak mampu menjawab soalan anak ini. Saya hanya mampu terus menggosok lengannya sambil menelan rasa kesal dan sesal yang tak sudah.


Saya tidak mampu menghilangkan kesan birat pada lengannya apatah lagi calar dalam hatinya yang mengharapkan saya menunaikan haknya.

Dari dalam bilik darjah saya memerhatikan air hujan yang masih belum jemu membersihkan kesan kelabu jerebu di udara. Rahmat Tuhan buat kita.

Dan rahmat itu Tuhan turunkan dalam pelbagai bentuk dan cara. Hari ini, rahmatNya datang dari seorang anak kecil yang dengannya membuka mata kita yang dewasa ini untuk melihat lebih banyak kebaikan.
4 Komentar untuk "Luahan Seorang Murid Yang Dianggap Nakal Membuatkan Guru Ini Menangis"

nice :) mek tersentak jugak. betul, kita ade tak nk puji kalau benda baik. mungkin puji tapi dlm hati. kalau salah? loud and clear kita bg --'

nice share.. pernah baca sebelum nih..

Back To Top