Hari Ini Sudah Berselawat

Kisah Pak Hamka Pernah Dizalimi

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Saya cukup terkesan membaca karya Pak Hamka, seorang ulamak besar Nusantara dari tanah Indonesia.


Walaupun banyak karyanya dalam bahasa Indonesia, namun di negara kita sudah banyak hasil tulisannya yang diterjemah ke dalam bahasa Malayu.


Kisah Pak Hamka Pernah Dizalimi
Kisah Pak Hamka Pernah Dizalimi
Saya rasa bukan saya seorang yang meminati karya Pak Hamka, malahan ribuan manusia gemar membaca tulisannya.


Buktinya, artikel 20 Kata-Kata hikmat Pak Hamka cukup diminati oleh sekalian manusia mendapat hit yang tinggi.


Kalau anda berminat dengan buku Pak Hamka dalam bahasa Melayu boleh dapatkan secara online di bookcafe dot com. Anda boleh klik link di bawah ini.



Walaupun Pak Hamka seorang ulamak terkenal dan disegani, namun beliau pernah dizalimi pada suatu ketika dahulu.

Kisah Pak Hamka Pernah Dizalimi


Pada tahun 1964, ulama besar nusantara, Pak Hamka pernah ditahan secara zalim oleh Presiden Indonesia Soekarno,dengan tuduhan kononnya terlibat dalam rencana pembunuhan beliau.


Pak Hamka ditahan tanpa bicara dan semua buku-bukunya dilarang untuk diedarkan.


Setelah Pak Hamka dibebaskan, takdir Allah, akhirnya Soekarno digulingkan, dikenakan tahanan rumah, kehidupannya mulai terasing, lalu dalam keadaan uzur beliau meninggalkan pesan buat orang yang pernah dizaliminya, Pak Hamka.


Ia berbunyi, “Bila aku mati kelak, minta kesudian Hamka untuk menjadi imam solat jenazahku..”


Apabila pesan itu disampaikan, Pak Hamka terkejut, tanpa fikir panjang, beliau melawat ke Wisma Yaso, tempat jenazah Bung Karno disemayamkan.


Sesuai dengan wasiat Soekarno, Pak Hamka pun memimpin solat jenazah tokoh yang pernah menghumbankannya ke penjara itu. Dengan ikhlas beliau menunaikan wasiat itu.


Manusia yang hadir dalam majlis pengbumian tersebut cukup terharu.


Ada yang terfikir, apakah Pak Hamka tidak menaruh dendam kepada Soekarno?


Dengan tulus ikhlas beliau mengatakan,

“Aku tidak pernah dendam kepada orang yang pernah menyakitiku. Dendam itu termasuk dosa. Selama dua tahun empat bulan aku ditahan, aku merasakan itu semua merupakan anugerah yang tiada terhingga daripada Allah kepadaku, sehingga aku mampu menyelesaikan kitab tafsir Al-Qur’an 30 juz(Tafsir Al Azhar). Jika bukan dalam tahanan, tidak mungkin aku punya waktu untuk menyelesaikan pekerjaan itu…”


Cukup hebat manusia yang bernama Pak Hamka. Beliau mengajarkan kepada kita agar memaafkan sesiapa pun yang memusuhi kita.


Jangan sesekali menyimpan dendam dan ketahuilah bahawa pasti ada hikmah di sebalik segala-galanya.
Tag : hamka
4 Komentar untuk "Kisah Pak Hamka Pernah Dizalimi"

lembutnya hati dia :) bila la mek nk jadi cam tuh

terima kasih atas perkongsian ini..irda peminat tegar tulisan pak hamka..baru tahu apa yg terjadi padanya..hamka dilahirmkan sama tenpat dengan bunda irda..dan irda juga ada asal usul.org sana..terima kasih atas info ini..terus menulis ya...

Back To Top