Hari Ini Sudah Berselawat

4 Karya Hamka Yang Patut Anda Baca

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera


Allahumma Solli'ala Muhammad


Salah seorang penulis yang saya kagumi adalah Pak Hamka


Setiap orang yang membaca Karya Pak Hamka mungkin mempunyai pandangan yang berbeza.


Namun, pada saya penulisan beliau mempunyai roh yang berjaya menyentuh jiwa pembaca.


Kepada anda yang belum pernah membaca karya beliau, di sini saya kongsikan 4 Karya Hamka Yang Patut Anda Baca.

4 Karya Hamka Yang Patut Anda Baca
4 Karya Hamka Yang Patut Anda Baca

4 Karya Hamka Yang Patut Anda Baca


1. Falsafah Hidup - HAMKA : RM24.00


Takjub, hairan, dan terasa bahawa diri kita dipenuhi oleh tanda tanya, seribu macam ataupun satu tanda tanya.

"Apakah ini? Dari manakah datangnya? Apakah kesudahannya?"

Rahsia dan penuh rahsia.

Bila sedang berfikir hendak menyelidiki, hendak tahu apakah rahsia itu, kembalilah segala tanya yang sulit tadi kepada yang bertanya, "Mengapa saya bertanya? Siapa saya?"

Rahsia.

Demikianlah terus menerus, falsafah tidak akan berhenti, selama manusia masih berfikir selama manusia masih bertanya, selama batin manusia masih merasa adanya rahsia itu.


2. Lembaga Hidup - HAMKA : RM21.00


Tatkala masa dahulu, jatuhlah zat air kejadian kita, bercampur dari sulbi ayah dengan taraib bonda. Bermula dengan segumpal air, sehinggalah menjadi segumpal daging.

Telah cukup sejak dalam rahim bonda, garis tulisan hidup yang akan dilalui. Rezeki telah tersedia. Ajal telah tertentu. Amal usaha telah terbentang. Celaka ataupun bahagia telah mesti bertemu. Naik ataupun turun telah ada di hadapan pintu hidup.

Maka dalam kandungan ibu itulah tercipta 'Lembaga Hidup' itu. Lembaga yang akan dituangkan seketika kita telah lahir ke dunia kelak.

Janganlah lembaga tinggal lembaga, dan kita tidak berusaha menuangnya.


3. Lembaga Budi - HAMKA : RM15.00


Keutamaan budi, itulah tujuan yang akhir. Dan menyingkirkan diri dari kebinatangan, itulah cita-cita yang mulia. Bukit itulah yang didaki orang budiman. Setengah jatuh dan setengah bangun, ada yang tidak tahan, ada yang lemah kakinya, lalu terjatuh dan tidak bangun lagi. Ada pula yang tegak kembali, dan melangkah terus perlahan-lahan dan tidak mengenal putus asa.

Diribut runduklah padi

Dicupak Datuk Temanggung

Hidup jikalau tidak berbudi

Duduk tegak ke mari canggung


4. Tasawuf Moden - HAMKA : RM20.00


Ramai manusia yang diperdayakan oleh cahaya samar kerana dia dalam gelap. Perasaannya didahulukan daripada pertimbangannya. Dia datang kepada cahaya yang baru itu. Sampai di sana, yang dicarinya tidak ada sama sekali. Akan kembali pulang ke tempat asal, jalan yang telah lebih gelap daripada dahulu, lantaran ia tidak sabar menunggu cahaya yang sejati.

Memang, sebab-sebab buat mencapai bahagia amat banyak, tetapi kita manusia mencari juga yang lain. Dia ada dalam tangan kita, tetapi kita cari yang ada di tangan orang lain kerana yang di tangan orang itu kelihatan indah.

Di antara keempat-empat karya beliau ini,  buku Tasawuf Moden adalah buku yang pertama saya baca.


Jika dilihat pada tajuk, buku ini nampak seperti formal dan orang akan menganggap isinya agar sukar untuk difahami.


Sebenarnya tidak, cara penyampaian buku ini memang santai dan mudah di fahami.


Ketika saya membaca buku ini, jiwa rasa tenang dan banyak rahsia kehidupan yang Pak Hamka bongkarkan dalam karya.


Saya bagi 5 bintang!


Kepada anda yang ingin membaca buku Pak Hamka boleh beli secara berasingan ataupun boleh beli ke empat sekali gus buku-buku tersebut dengan harga yang lebih murah.


Anda boleh terus ke Book Cafe Dot Com untuk mendapatkan Karya Pak Hamka ini.

Tag : Buku, hamka
1 Komentar untuk "4 Karya Hamka Yang Patut Anda Baca"

Back To Top