Hari Ini Sudah Berselawat

Video Pelajar Kolej Dibuli Tersebar

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera

Memang sukar hendak difikirkan dengan suasana yang berlaku dalam negara kita sekarang ini.

Tidak kira apa peringkat sekalipun, pasti ada masalah sosial yang tidak berhenti-henti berlaku.

Sebagai contoh, kes buli.

Sudah banyak kali masalah buli di peringkat sekolah rendah atau sekolah menengah menjadi viral di media sosial dan orang yang bersalah juga sudah dihadapkan ke muka pengadilan.

Namun, kes sebegini masih tidak berhenti dan ia terus berlaku dan berlaku.

Di bawah ini saya kongsikan dengan anda semua video pelajar kolej dibuli yang sedang tersebar ke merata-rata media sosial.

Berita penuh tentang isu ini anda boleh rujuk di bawah.

>>>Daripada membuli lebih baik buat   Job Di Rumah boleh dapat duit.

Video Pelajar Kolej Dibuli Tersebar

Video Pelajar Kolej Dibuli Tersebar
Pelajar kolej di buli

Terbaru, kes buli yang berlaku kepada seorang pelajar kolej pula tersebar.




BENTONG - Sebuah video dimuatnaik dalam laman sosial menunjukkan seorang pelajar kolej dibuli pelajar lain di daerah ini sedang viral tersebar.

Video berdurasi 22 saat itu menujukkan mangsa yang hanya mengenakan tuala mandi dipukul bertubi-tubi oleh pelajar lain dipercayai dimuatnaik oleh rakan kepada bapa mangsa.

Ketua Polis Daerah, Suprintendan Mohamad Mansor Mohd Nor mengesahkan perkara terbabit dan siasatan ke atas video terbabit sedang dijalankan.

Menurutnya, kejadian dipercayai berlaku pada 29 Mei lalu bertempat di dalam asrama kolej terbabit di mana tiga suspek telah dikenalpasti terlibat dalam kejadian terbabit.

"Sekitar jam lebih kurang 12.45 tengah hari, mangsa yang berusia 16 tahun telah dipanggil oleh suspek.

"Suspek bertanya kepada mangsa berkenaan kes pecah almari dalam asrama sama ada mangsa ada memberitahu guru berkaitan kejadian itu mahupun tidak," katanya.

Menurut laporan yang dibuat juga katanya, selepas ditanya tentang perkara terbabit, mangsa kemudiannya diminta untuk berpusing belakang.

"Sebaik berpusing belakang, suspek secara tiba-tiba menendang mangsa dari belakang sehingga mengakibatkan mangsa terhantuk ke dinding.

"Kemudian datang dua lagi suspek menumbuk dan menendang mangsa. Selepas memukul mangsa, suspek kemudiannya beredar dari tempat kejadian," katanya.

Mangsa yang berasal dari Semenyih, Selangor itu kemudiannya menerima rawatan di Hospital Kajang kerana pulang ke kampung halamannya untuk bercuti sekolah yang bermula pada Jumaat lalu.

Mansor berkata, pihak polis telah memperolehi memo perubatan mangsa daripada Hospital Kajang dan kes disiasat di bawah Seksyen 447 Kanun Keseksaan.
Moga-moga kes-kes sebegini cepat diselesaikan oleh pihak berwajib dan janganlah berulang lagi.

Belajar bahasa Inggeris dengan mudah --->> Buku Fizikal English Itu Mudah - Belajar Grammar English Dalam Bahasa Malaysia
Tag : isu semasa
2 Komentar untuk "Video Pelajar Kolej Dibuli Tersebar"

Back To Top