Hari Ini Sudah Berselawat

Pandangan Dr Zaharuddin Abdul Rahman Tentang Artis K-Pop Berpelukan Dengan Gadis Bertudung

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera 

Dalam masa yang singkat, video Artis K-Pop Berpelukan Dengan Gadis Bertudung menjadi viral di media massa dan lama-laman sosial.

Saya rasa sudah ramai rakyat malaysia yang menyaksikan video Artis K-Pop Berpelukan Dengan Gadis Malaysia Bertudung. Untuk melihat Video, sila skroll ke bawah.

Memang ramai rakyat Malaysia yang memaki hamun dan mencaci mereka yang terlibat dalam adegan yang berlaku baru-baru ini.

Namun, penjelasan ahli agama dan akdemik Dr Zaharuddin Abdul Rahman selaku Pengerusi Pertubuhan Muttaqa Asatizah dan Pendakwah Malaysia ada bezanya.

Pandangan Dr Zaharuddin Abdul Rahman Tentang Artis K-Pop Berpelukan Dengan Gadis Bertudung
Pandangan Dr Zaharuddin Abdul Rahman Tentang Artis K-Pop 


Pandangan Dr Zaharuddin Abdul Rahman Tentang Artis K-Pop Berpelukan Dengan Gadis Bertudung


Beliau melahirkan rasa terkejut dengan adegan kumpulan K-Pop terdiri daripada anggota lelaki memeluk dan mencium gadis bertudung dalam satu persembahan di Kuala Lumpur.

Menurut Dr Zaharuddin Abdul Rahman, adegan seperti itu 'benar-benar gerakan liberal atau lebih teruk daripada liberal' dan 'jauh lebih teruk daripada memeluk anjing', merujuk kepada program I Want to Touch a Dog di Petaling Jaya, tahun lalu, yang mencetuskan kontroversi hebat.

Menurutnya, penyebaran video itu tidak dianggap membuka aib kerana gadis dalam rakaman itu sudah tahu bahawa program itu disiarkan secara langsung di media.

"Taubat wajib bagi mereka yang terlibat, namun malang kerana video dosa mereka bakal tersebar selagi wujud YouTube," katanya.

Zaharuddin turut mengingatkan pengguna media sosial supaya tidak mengeluarkan kenyataan kesat atau maki hamun terhadap individu dalam video tersebut, sebaliknya menasihati mereka.


Tag : isu semasa, Video
4 Komentar untuk "Pandangan Dr Zaharuddin Abdul Rahman Tentang Artis K-Pop Berpelukan Dengan Gadis Bertudung"

Back To Top