Hari Ini Sudah Berselawat

Kenapa Hidup Untuk Memberi

Assalamualaikum WBT

Selelah membaca kisah-kisah orang yang dianggap hebat dan berjaya, saya dapati rahsia paling unggul yang mereka amalkan ialah banyakkan memberi.

Jika kita sering bertandang ke majlis ilmu atau membaca buku agama yang menceritakan tentang bersedekah (memberi) kita akan berjumpa dengan firman Allah SWT yang bermaksud:
Image representing Blogger as depicted in Crun...
Image via CrunchBase

"Dan belanjakanlah (harta bendamu) di jalan Allah, dan janganlah kamu menjatuhkan dirimu sendiri ke dalam kebinasaan, dan berbuat baiklah, karena sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik." (QS: Al Baqarah, Ayat 195)

Cuba bayangkan sesuatu amalan itu disukai Allah SWT sudah pasti aman dan tenteram kehidupan kita.
Seorang ibu yang mengandungkan anaknya sembilan bulan lamanya terpaksa berdepan dengan pelbagai ujian seperti alahan yang berpanjangan, berat badan yang kian meningkat, tidur yang tidak selesa dan lain-lain lagi.

Namun, setelah ibu itu melahirkan anak yang dikandung itu, hilang segala kepayahan yang dilaluinya sebelum ini. Bahkan, anak yang baru lahirkan itu bukan dirasakan membebankan malah menggembirakan.

Di sini kita dapat lihat satu contoh bahawa keajaiban memberi itu mengundangkan kita dengan perasaan tenang dan bahagia dari Allah SWT.

Begitu juga dengan dunia blogging. Seandainya kita ingin berjaya kita juga perlu niat ikhlas kepada Allah SWT dan banyakkan memberi.

Apa yang kita boleh beri? Macam-macam perkara kita boleh beri. Umpamanya informasi, duit, share maklumat dari blogger lain dan sebagainya.

Mari kita terjah rakan blogger yang tidak asing lagi bagi kita seperti Saifulislam.Com, HasrulHassan.Com dan Denaihati.Com turut mengamalkan saranan Rasulullah SAW ini.

Blogger ini disenangi ramai peminatnya. Lihatlah berapa ramai pengunjung blog mereka setiap hari.
Enhanced by Zemanta
2 Komentar untuk "Kenapa Hidup Untuk Memberi"

jemput join.ada hadiah maxi dress,jubah & cash rm100!
http://diyasesame.blogspot.com/2013/01/happy-blogging-giveaway.html

Back To Top