Hari Ini Sudah Berselawat

Satu Kes Buruk Pesawat Air Asia

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera

Walaupun tinggal sehari sahaja lagi tahun baru 2015, satu lagi kes buruk yang melibatkan pesawat telah berlaku. 
Air Asia
Air Asia

Satu Kes Buruk Pesawat Air Asia


Kali ini pesawat AirAsia Filiphina  Z2 272 pula disahkan tergelincir ketika mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kalibo, Filiphina jam 5.43 petang kelmarin.

Syarikat penerbangan itu menyatakan, pesawat berkenaan dalam perjalanan dari Manila ke Kalibo membawa 153 anak kapal dan penumpang.

“Kesemua mangsa dapat turun dengan selamat tanpa sebarang kecederaan dan ditempatkan di hotel dengan pemantauan kakitangan Air Asia,” kata kenyataan itu.

Panduan Mudah BI-->>    Buku Fizikal English Itu Mudah - Belajar Grammar English Dalam Bahasa Malaysia

Sebelum ini, ahli keluarga atau waris pesawat Air Asia QZ8501 yang dilaporkan hilang telahpun telah mendapat berita sedih kerana Pihak AirAsia Indonesia mengaku serpihan yang dijumpai semalam adalah daripada penerbangan QZ8501 yang hilang, seperti yang disahkan Agensi Mencari dan Menyelamat Nasional Republik Indonesia.

Berita lain boleh dirujuk melalui link di bawah ini:



Kes terbaru ini menambahkan fobia dalam kalangan masyarakat untuk menggunakan kapal terbang sebagai alat pengangkutan.

Malahan, terdapat penumpang dari Indonesia yang mengatakan mereka tidak mahu menggunakan pesawat Air Asia.

Pada saya, apa yang berlaku adalah ketentuan Ilahi dan ini semua adalah peringatan kepada kita bahawa ajal maut, kemalangan dan sebagainya adalah milikNya.

Sebab itulah kita perlu bersedia untuk mengadapNya sentiasa. Waalahualam.

Tag : isu semasa
2 Komentar untuk "Satu Kes Buruk Pesawat Air Asia"

Back To Top