Jom Kita Berselawat

Rakyat Malaysia Disahkan Antara Penumpang Pesawat AirAsia Yang Hilang

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera

Pihak berkuasa sedang berusaha mencari di mana pesawat AirAsia yang hilang. Setakat ini info terkini tentang kehilangan pesawat Pesawat AirAsia QZ850. mendapati bahawa ada penumpang Malaysia di dalamnya.

Pesawat Air Asia sedang terbang

Rakyat Malaysia Disahkan Antara Penumpang Pesawat AirAsia Yang Hilang


Rakyat Malaysia disahkan menjadi salah seorang penumpang dalam pesawat AirAsia dari Surabaya ke Singapura yang dilaporkan hilang pagi tadi.

Ini adalah berdasarkan Jurucakap Kementerian Perhubungan Indonesia, Hadi Mustofa yang berkata, merujuk kepada daftar penumpang pesawat dengan nombor penerbangan QZ8501, 149 penumpang lain terdiri daripada warganegara Indonesia.

“Warganegara Singapura seorang, United Kingdom seorang dan Korea Selatan tiga orang termasuk bayi,” kata Hadi dalam wawancara dengan stesen televisyen Metro TV sebentar tadi.

Dikatakan pesawat tersebut berlepas dari Surabaya pada jam 5.20 pagi dan sepatutnya mendarat di Singapura pada jam 8.30 pagi waktu tempatan dilaporkan terputus hubungan dengan menara kawalan Jakarta pada 7.24 pagi waktu tempatan.


Maklumat ini diperolehi daripada Astro Awani
Tag : isu semasa
8 Komentar untuk "Rakyat Malaysia Disahkan Antara Penumpang Pesawat AirAsia Yang Hilang"

Back To Top