Hari Ini Sudah Berselawat

Kaedah Terbaru Kutipan Hutang PTPTN

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera

Alhamdulillah, hutang PTPTN saya sudah berjaya dilangsaikan beberapa tahun dahulu. Saya sempat berhutang satu semester sahaja dan selebihnya saya dapat penajaan.

Adat berhutangkan, mestilah kena bayar balik.  

Hari ini sedang baca berita online terjumpa tentang berita Kaedah Terbaru Kutipan Hutang PTPTN.

Kaedah Terbaru Kutipan Hutang PTPTN


Isu PTPTN


Pihak kerajaan telah memperkenalkan Kaedah pengutipan balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) terbaru dan tindakan tegas sedia ada dilihat sudah cukup berkesan untuk menyedarkan peminjam tegar.

Buat masa ini, Kementerian Pendidikan tidak bercadang menggunakan khidmat agensi pengutip hutang bagi mengutip balik pinjaman tidak berbayar kerana kaedah tersebut dilihat sebagai tidak mesra pelanggan.

Menurut Timbalan Menteri Pendidikan II, P. Kamalanathan, jika cadangan itu dilaksanakan, kelak reputasi kementerian sendiri yang akan terjejas, selain tidak mustahil berdepan kecaman daripada pelbagai pihak.



“Kaedah dan pendekatan kutipan yang digunakan agensi pengutip hutang kurang mesra pelanggan dan akan menjejaskan reputasi Kementerian Pendidikan,” katanya dalam sidang Dewan Negara hari ini.

Terdahulu Senator Datuk Mohd. Suhaimi Abdullah ingin tahu apakah kerajaan bersedia menggunakan khidmat agensi pengutip hutang untuk mengutip balik pinjaman PTPTN kerana ketika ini masih ramai yang berdegil dan tidak membayar.

Dalam pada itu, Kamalanathan berkata, sejak pengumuman tentang langkah menyenaraihitamkan peminjam tegar di bawah Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat mulai Januari 2015, jumlah bayaran balik pinjaman semakin meningkat.

Jelasnya, sebanyak RM74.85 juta telah berjaya dikutip dalam tempoh sebulan iaitu dari 1 hingga 30 November lalu, berbanding kutipan berjumlah RM58.11 juta pada bulan Oktober, iaitu peningkatan RM16.74 juta.

Mengenai jumlah peminjam yang disenarai hitam pula beliau berkata, seramai 134,000 peminjam PTPTN dengan jumlah nilai pinjaman mencecah RM2.4 bilion disenarai hitam oleh Jabatan Imigresen sehingga 30 Oktober lalu.

Katanya, daripada jumlah itu, seramai 48,430 peminjam pula telah membuat bayaran balik dengan nilai RM244.5 juta, manakala lebih 170,000 peminjam lain dikenakan tindakan saman.

8 Komentar untuk "Kaedah Terbaru Kutipan Hutang PTPTN"

Hurmmmm, mungkin esok atau lusa nak ke pejabat ptptn nak tanya pasal rebat 20% tu... Huhu

Alhamdulillah, dah selesai dah loan MARA untuk belajar dulu... tak pening dah nak fikir dah...

alhamdulillah, nasib baik saya dapat biasiswa.. x perlu berhutang utk belajar...

Kepada yang dah kerja tu bayarlah pinjaman PTPTN. Bagi peluang pula orang lain nak pakai.Jangan pula nak bawa sampai ke liang lahad, dah terlambat dah nanti. :))

Back To Top