Hari Ini Sudah Berselawat

Alhamdulillah Rezeki Nuffnang CPUV Terkini

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera

Alhamdulillah, rezeki dari Allah SWT dengan berblog. Siapa kata buat blog tidak boleh buat duit? Kalau anda tidak percaya cuba tengok screen shot di bawah ini.

Mungkin bagi anda yang sudah kaya raya tidak memandang langsug nilai ratusan ringgit tetapi bagi sesetengah orang seringgit pun amat bernilai.

Di bawah ini adalah rezeki saya dengan berblog daripada nuffnang. Walaupun dapat dengan nilai sedemikian siapa yang hendak bagi percuma sebanyak itu kepada kita.

Alhamdulillah Rezeki Nuffnang CPUV Terkini


CPUV Nuffnang Terkini



Selain daripada mendapat income daripada nuffnang, saya diizinkan Allah SWT mendapat income daripada affiliate .

Saya tahu, ramai lagi rakan-rakan blogger yang handal dalam mencari duit secara blogging. Tahniah kepada anda.

Bagi yang belum pernah merasa duit dari berblog, jangan bimbang dan berputus asa. Teruskan menulis diblog dan amalkan teknik-teknik yang diajarkan oleh otai-otai blog dengan bersungguh-sungguh.

Jangan lupa berdoa kerana semuanya rezeki adalah milik Allah SWT. Dia yang bagi. Kalau dia tidak bagi buatlah bagaimanasekalipun. 

Tetapi yakinlah bahawa Allah SWT janjikan kepada orang yang berusaha dia akan dapat.

Saya doakan anda juga dimurahkan rezeki.
0 Komentar untuk "Alhamdulillah Rezeki Nuffnang CPUV Terkini"

Back To Top