Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera
Hari raya sudah seminggu berlalu. Kalau ada yang sudah puasa sunat 6 hari dalam syawal sejak hari raya kedua atau hari raya ke tiga, hari ini sudahpun menyambut hari raya lagi.
Saya baru sahaja bermula hari ini.Hehe...Moga dapat habiskan terus.
Rezeki itu milik Allah |
Oleh kerana sibuk berhari raya, blog ini memang bersarang teruklah tidak dikemas kini. Jadi, hari ini saya cuba paksa jari menulis di blog ini.
Hari ini saya ingin berbicara tentang Sistem Menjemput Rezeki Menarik Semangat. Kenapa tajuknya begini? Jom baca lagi.
Terbaru | Sistem Menjemput Rezeki Menjadi
Sejak kecil lagi mak ayah kita sudah ajar kita tentang rezeki. Betul tak? Rasanya ramai sudah yang tahu apa itu rezeki.
Kalau ada yang fikir rezeki itu adalah duit semata-mata, anda memang salah. Rezeki tidak semestinya duit.
Ilmu juga rezeki. Jodoh juga rezeki. Masa lapang juga rezeki. Sihat juga rezeki. Senang juga rezeki...Banyak lagilah.
Kalau ingin ditulis di sini memang tidak mampulah.
Alhamdulillah ini Contoh komesyen Sistem Menjemput Rezeki |
Cari dan jemput memang tidak sama.
Sebelum ini mungkin ramai yang pernah dengar tentang mencari rezeki sahaja, tetapi kali ini saya cerita tentang Sistem Menjemput Rezeki.
Kalau cari bermaksud kita keluar rumah dan cari rezeki. Berbeza dengan jemput, kita hanya duduk dirumah dan rezeki datang.
Betul kah ada sistem yang boleh menjemput rezeki?
Ya, memang boleh. Ramai ahli perniagaan, bisnesman dan blogger-blogger yang telah berjaya meraih pendapatan lumayan menerusi blog mereka kerana mereka FAHAM konsep Sistem Menjemput Rezeki ini.
Ya. Rezeki semuanya dari Allah SWT.
Itu tidak boleh dinafikan. Memang itu hakikat yang sebenar.
Benda wajib seperti solat, puasa, zakat dan sebagainya tu..dah jadi tanggungjawab kita. Tidak perlu nak dipersoalkan sangat.
Janji kita buat. Itu dah jadi salah satu syarat asas untuk menjemput rezeki. Ditambah pula dengan usaha yang berterusan, tidak putus asa dan macam-macam lagi akan menjadikan Sistem Menjemput Rezeki anda menjadi lebih berkesan.
Tetapi, ramai juga yang mengeluh dan mengadu, apa pasal susahnya nak dapat rezeki. Kenapa tidak boleh berjaya semacam apa yang orang lain dapat. Kenapa tak boleh jual produk X ni?? Kenapa orang lain boleh dapat sales hari-hari? Kenapa aku tidak? Kenapa, kenapa dan kenapa?
Yelah, memang usaha sungguh-sungguh dah, dah banyak keluar modal sana-sini, dah pergi seminar dan bengkel, dah beli ebook macam-macam..dah skodeng blog otai-otai..dah itu..dan dah ini..
Tapi, tetap sama. Masih sama..dan tak ada hasil. Nak buat macammana lagi?
Apa yang perlu kita buat?
Mari saya kongsikan beberapa perkara yang saya buat dan belajar dari guru-guru, buku, dan bahan-bahan lain. InsyaAllah berkesan.
- Jaga solat. Solat yang wajib tidak perlu nak persoal lagi. Lagi baik tambah solat sunat seperti Dhuha, Tahajud, Hajat dan lain-lain lagi.
- Jaga hubungan sesama manusia terutamanya ibu bapa kita. Setakat ini, walaupun sudah berkahwin setiap hujung minggu saya akan berjumpa ibu bapa sendiri dan mertua. Doa mereka Allah makbul. Jadi, jangan lepaskan peluang ini. Kalau tidak boleh jumpa pun jangan lupa telefon
- Cuba buat perancangan yang rapi dan terpirinci. Buat TARGET. Tulis atas kertas dan tampal supaya senang nampak apa yang kita mahu buat.
- Tambah ilmu dan kemahiran. Ilmu merupakan perkara wajib. Bila sudah ada ilmu jangan duduk sahaja, latihlah diri supaya jadi mahir.
- Belajar memudahkan kerja diri sendiri dan orang lain. Kalau kita mudahkan orang lain, Allah akan mudahkan kerja kita. InsyaAllah
- Berusahalah bersungguh-sungguh
- Cuba aplikasikan sepenuhnya Sistem Menjemput Rezeki
- Al-Quran jangan tinggal. Bacalah sebanyak mungkin. Baiknya istiqamah setiap hari. Lagi baik baca terjemahannya sekali. Ramai yang boleh baca dalam bulan Ramadhan. Ramai juga yang malas nak baca.
- Menuntul ilmu agama. Ini perkara wajib sampai mati. Sebab inilah bekalan kita di dunia dan akhirat nanti.
- Doa kena sungguh-sungguh dan banyak lagilah.
Kalau anda faham tentang Sistem Menjemput Rezeki dan cuba amalkannya InsyaAllah. Hati jadi senang, rezeki dijemput datang.
Allah itu maha pengasih lagi maha penyayang. Terlalu banyak rezeki yang kita dapat secara tidak sedar. Kita tidak sedar kerana tidak menghargai dan mensyukuri nikmat Ilahi...Jom berubah supaya bertambah rezeki.
Cukup setakat ini. Waktu zohor sudah masuk. Saya pun kena masuk kerja kembali. InsyaAllah saya akan menulis lagi.
Cukup setakat ini. Waktu zohor sudah masuk. Saya pun kena masuk kerja kembali. InsyaAllah saya akan menulis lagi.
Tag :
Affiliate,
Sistem Menjemput Rezeki
2 Komentar untuk "Terbaru | Sistem Menjemput Rezeki Menjadi"
nice entry..selamat hari raya
InsyaAllah akan dipraktikkan :)