Jom Kita Berselawat

Konvokesyen Politeknik Seberang Perai 2014| Kenangan Berharga

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera

Alhamdulillah, selesai sudah Konvokesyen Politeknik Seberang Perai 2014 kali ke14 yang diadakan pada 13,14 dan 15 September 2014 (Sabtu, Ahad dan Isnin) baru-baru ini. Pelbagai aktiviti dijalankan sepanjang berlangsungnya majlis konvokesyen yang gilang-gemilang ini seperti pameran, gerai jualan, demostasi, pertandingan mewarna dan lain-lain lagi. Maklumat lanjut boleh rujuk di laman web Politeknik Seberang Perai. 


Konvokesyen Politeknik Seberang Perai 2014 | Kenangan Berharga



Seperti biasa, saya ditugaskan sebagai Ahli Jawatan Kuasa Penghulur Sijil. Antara tugas kami adalah menyussun dan menyerahkan sijil kepada VVIP yang akan menghulurkan sijil kepada graduan. Jadi, kami terpaksa berada di atas pentas semasa penganugerahan dan penyerahan sijil kepada graduan-graduan sejak awal pagi sehinggalah tamat upacara tersebut.


Secara peribadi, konvokesyen kali lebih meriah berbanding tahun-tahun lalu kerana pelajar yang bukan setakat mengajar, malahan mereka berada di bawah penjagaan saya sendiri. Saya merupakan pensyarah akademik pelajar BTK (Diploma Teknologi Elektrik Komputer) yang mula menjejakkan kaki ke Politeknik Seberang Perai pada sesi Disember 2011. 

Sedikit kisah saya dan mereka...


Pada awalnya memang ramai yang mendaftar sebagai pelajar dengan penuh semangat. Namun, lama-lama kelamaan bilangan semakin berkurang sehinggalah ke semester akhir. Keadaan sebegini memang lumrah bagi pelajar-pelajar di politeknik dan kerana masing-masing berhak memilih laluan tersendiri. Bahkan semasa saya belajar di Universiti juga keadaanya sama. Pada awal semester memang ramai dan semakin penghujung berlaku pengurangan. 


Bagi mereka yang telah konvo, saya ucapkan tahniah kerana walau apa pun yang berlaku sepanjang pembelajaran mereka di Politeknik Seberang Perai, tetapi mereka tetap sabar dan teguh meneruskan perjuangan mereka. Kenangan yang diperolehi memang sukar digambarkan tetapi ia adalah pengelaman yang berharga buat saya dan mereka.


Karenah mereka memang berbagai-bagai, namun begitu saya amat berpuas hati dengan komitmen yang mereka berikan kepada saya dan pensyarah lain sepanjang berada di Politeknik Seberang Perai ini.


Saya doakan mereka terus berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi. saya juga mohon maaf di atas kekurangan saya sebagai pensyarah dan penasihat akademik.


Kepada yang belum menamatkan pengajian, jangan putus asa. Teruskan usaha!!!


Koleksi Gambar Konvokesyen


Di bawah ini adalah koleksi gambar konvokesyen dan gambar kenangan untuk tatapan bersama.

Konvokesyen Politeknik Seberang Perai 2014| Kenangan Berharga
Kenangan lalu

Konvokesyen Politeknik Seberang Perai 2014| Kenangan Berharga
Bergaya depan kamera

Konvokesyen Politeknik Seberang Perai 2014| Kenangan Berharga
Bersama pensyarah-pensyarah

Konvokesyen Politeknik Seberang Perai 2014| Kenangan Berharga
Jejaka pewaris  negara
Tag : Politeknik
4 Komentar untuk "Konvokesyen Politeknik Seberang Perai 2014| Kenangan Berharga"

Back To Top