Hari Ini Sudah Berselawat

Sedih | Lagu Terakhir Anak Kapal Pesawat MH 17 Sempena Hari Raya Aidilfitri

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera

Tragedi Pesawat Airlines Malaysia (MAS) MH 17 terhempas sedang menjadi tajuk headline bagi kebanyak surat khabar tempatan.

Siasatan terperinci sedang dijalankan bagi mengenalpasti punca berlakunya nahas  Pesawat Airlines Malaysia (MAS) MH 17 terhempas di Ukruine. Moga-moga Allah tunjukkan kebenaran kepada kita suatu hari nanti.

Dalam pada itu, umumnya raksyat Malaysia, dan khususnya keluarga-keluarga mangsa Pesawat Airlines Malaysia (MAS) MH 17 terhempas masih lagi dirundung kesedihan kerana Hari Raya Aidilfitri bakal menjelma tidak lama lagi. 

Semalam saya kongsikan kisah seorang anak kapal Pesawat MH 17 yang berasal daripada Kelantan iaitu Co Pilot Ahmad Hakimi yang menelefon keluarganya di kampung dan beria-ria ingin beraya bersama keluarga di kampung, namun tidak kesampaian.

Hari saya ingin kongsikan sebuah lagu yang dinyanyi oleh Shaikh Mohd Noor Mahmood, salah seorang anak kapal Pesawat MH 17 yang terhempas.

Sedih | Lagu Terakhir Anak Kapal Pesawat MH 17 Sempena Hari Raya Aidilfitri


Sedih | Lagu Terakhir Anak Kapal Pesawat MH 17 Sempena Hari Raya Aidilfitri


Menurut Sinar Harian Online, arwah merakamkan lagu Dendang Perantau nyanyiannya sendiri dan di hantarkan melalui Whats'App khas untuk ibu, ayah dan adik-adik Sempena Hari Raya Aidilfitri.

Cuba anda dengar dengan penuh penghayatan. Pastikan tidak ada bunyi bising di sekitar anda.






Apa perasaan anda? Kalau anda tidak sebak atau bersedih memang hebat. 

Jujur saya katakan, pertama kali mendengar lmenonton dan mendengar agu ini, tiba-tiba rasa sebak di dada.Bagaimanalah perasaan ibu dan ayah serta keluarganya yang mendengar? 

Yang hidup pasti mati, cuma masa, di mana dan bagaimana kita tidak ketahui. Marilah kita doakan semoga rohnya ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.
Tag : isu semasa
3 Komentar untuk "Sedih | Lagu Terakhir Anak Kapal Pesawat MH 17 Sempena Hari Raya Aidilfitri"

Kathy dengar rakaman ni kat buletin utama. Hancur luluh rasa hati. Sayu sebak di buatnya :'(

ketentuanNya... itu adalah yang terbaik buat beliau... innalillah... ;(

Back To Top