Hari Ini Sudah Berselawat

Iklan Raya RTM 2014 Paling Ceria

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera

Beberapa hari ini saya asyik berkongsi tentang tragedi pesawat Malaysia Airlines MH 17 sahaja. Ini kerana saya begitu terkejut dengan kejadian yang tidak disangka-sangka.

Dalam masa yang sama, saya turut bersimpati dengan keluarga mangsa yang terlibat dalam nahas MH17 ini. Mog-moga keluarga mangsa dapat bersabar dan redha dengan ketentuan Ilahi.



Iklan Raya RTM 2014 Paling Ceria

Baiklah, hari ini saya ingin berhenti sekejap berbincang tentang isu MH 17. Saya ingin berbicara tentang puasa yang belum selesai dan Raya yang bakal menjelang.

Bagaimana dengan puasa anda hari? Harap-harap anda masih ceria dan bersemangat untuk meneruskan ibadah puasa yang tinggal beberapa hari sahaja lagi.


Kita sekarang berada di ambang hari raya. Semalam salah seorang ahli jawatan kuasa masjid di tempat saya membuat pengumuman bahawa pihak masjid menyediakan ruang untuk sesiapa yang ingin beriktikaf di masjid bersama-sama mengimarahkan Malam Lailatul Qadar sepanjang 10 malam terakhir.

Percayalah, kalau anda berjaya menjalani ibadah puasa dengan sebanyak-banyak amal kebajikan, dipenghujung Ramadhan anda akan berasa seronok berhari-raya.

Jom, kita tengok iklan Raya tahun 2014 paling ceria bagi diri saya. Diharap anda juga gembira menonton iklan ini.

Iklan Raya 2014 Paling Ceria





Tag : isu semasa
0 Komentar untuk "Iklan Raya RTM 2014 Paling Ceria"

Back To Top