Hari Ini Sudah Berselawat

PU Hafiz Juara Pencetus Ummah Astro OASIS

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera

Alhamdulillah tamat sudah program realiti yang disukai ramai pada masa kini iaitu Pencetus Ummah, Duniaku Dakwahku di Astro OASIS.

PU Hafiz Juara Pencetus Ummah Astro OASIS


Saya yakin ramai yang tidak melepaskan peluang menuntut Pencetus Ummah peringkat akhir malam tadi. Saya juga sama.

Secara peribadi, saya amat menyokong pengajuran program sebegini. Kalau boleh setiap stesen televisyen mengadakan program sebegini setiap tahun. 

Malam tadi banyak juga kejutan yang ditampilkan dalam rancangan tersebut dan keputusan pemenang diumumkan oleh pengacara program tersebut iaitu. Dr Ridhuan Tee.

PU Hafiz Juara Pencetus Ummah Astro OASIS

Hafiz diumumkan sebagai Juara dalam program Pencetus Ummah di Mimbar Akhir Pencetus Ummah sebentar tadi.

Gelaran Naib Juara dimenangi oleh PU Shahul, manakala tempat ketiga dimenangi oleh PU Yeop dan Rahmat menjadi pemenang tempat keempat.


Program akhir Pencetus Ummah disiarkan secara langsung di saluran Astro Oasis. Di sini saya sertakan Biodata PU Hafiz

Nama Penuh: MUHAMMAD HAFIZ B. MOHD HANEEFA
Umur : 32 tahun - Klang , Selangor
Status : Berkahwin
Pendidikan : Master UIAM (Quran Sunnah)
Pekerjaan : Pensyarah qiraati dan Naib presiden Akademik di Kolej Hafiz, Klang.
Profile :Gemar bersukan, berenang dan seni pertahankan diri.
Inspirasi : Ibu & Ayah
Perwatakan : Mudah mesra dengan orang, suka timba pengalaman baru

Semoga beliau menjadi contoh ikutan anak muda dan meneruskan usaha dakwah di atas muka bumi ini sehingga akhir hayat.

Tag : isu semasa
10 Komentar untuk "PU Hafiz Juara Pencetus Ummah Astro OASIS"

tak dapat tengok rancangan ini sebab di rumah tiada astro..

alhamdulillah..rezeki beliau..

Mmg byk respon positif yg diterima tentang program mcm ni kan? Kalau buat tiap2 tahun pun takpe. lagi bagus. Kalau banyakkan lagi program2 yg macam ni itu pun lagi2 bagus. hehe

saya juga tidak melanggan astro, tapi saya beli njoi...sekali pasang sahaja, tak payah bayar bulan2

Saya pun sama, tak pernah tengok sebab tak ada astro. Moga perjuangannya diberkati.

oh ye ke..nanti boleh tengok melalui internet...dalam youtube pun banyak

tahniah pu hafiz..smoga diteruskan lg program ilmiah camni...tgk dpt byk sambutan dan jadi trending pencetus ummah..

org sekeliling pon cakap best..tapi still x berkesempatan nak tgk lg.. lgpon rumah xde astro..huhuhu..

Back To Top