Hari Ini Sudah Berselawat

Law of Universal Attraction Menguatkan Keyakinan

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera

Setelah saya Quranic Law Of Attraction dan buku Al-Quran Rahsia Terunggul, hati saya membuak-buak untuk mengetahui apakah pula isi kandungan buku Law Of Universal Attraction.

Barangkali, ini yang dikatakan penangan Law Of Attraction atau Hukum Tarikan yang wujud dalam alam ini.

Walaupun pencetus yang cuba membongkar rahsia ini adalah mereka yang datangnya dari barat seperti Rhonda Bhyrne, Esther Hicks, Michael J.Loiser, Beth dan Lee Mc Chain, namun saya lebih berminat untuk membaca penerangan daripada pengkaji yang berasal dari Islam.

Law Of Universal Attraction


Ini kerana, kebanyakkan buku yang saya baca daripada barat mendapati penjelasan terhadap mereka kerohanian dan ketuhanan terbatas.

Sedangkan, sebagai umat Islam kita perlu menyandarkan sebarang teori atau penemuan terhadap yang Maha Kuasa. 

Kita perlu yakin dan percaya bahawa setiap yang berlaku di alam ini hanyalah dengan keizin an daripada Nya.

Lagipun saya bimbang, dengan ilmu agama yang cetek kepercayaan dan keyakinan saya terhadap teori-teori yang dibawa masuk tanpa mengetahui dari mana datangnya boleh tersasar dari akidah Islam.

Law of Universal Attraction Menguatkan Keyakinan


Buku Law Of Universal Attraction ini ditulis oleh pengarang yang tidak asing lagi bagi rakyat Malaysia kerana beliau acapkali menjadi pengacara dalam rancangan Assalamualaikum di TV Al-Hijrah.

Beliau yang saya maksudkan adalah saudara Amin Idris. Buku ini ditulis secara bersama dengan rakannya iaitu Zuhairi Nopiah.

Buku setebal 192 muka surat ini diterbitkan oleh PTS Sdn. Bhd. pada 27 April 2012 dan dikategorikan bantu diri, motivasi dan inspirasi dan pembangunan diri. Harganya cuma RM 14 sahaja.

Dalam buku ini penulis menyanggah teori Law of Attraction yang mengatakan hukum tarikan yang wujud dalam diri  manusia berhubung dengan alam semulajadi.

Sedangkan hakikatnya, hukum tarikan apa yang difokuskan oleh manusia adalah dengan pencipta alam semulajadi.

Selain itu, beberapa rahsia yang menjadi faktor kejayaan umat Islam terdahulu seperti keajaiban zikir dan doa, menarik kejayaan dan menukar impian menjadi kenyataan, tetap bahagia walaupun impian tidak tercapai, kuasa minda segar yang memudahkan urusan harian dibongkarkan dalam buku ini.

Bagi saya buku ini cukup bagus dibaca oleh sesiapa sahaja sama ada pelajar, usahawan, pekerja, ibu bapa, anak-anak dan sebagainya.

Kalau buku Quranic Law Of Attraction lebih memfokuskan bagaimana kita membina hubungan diri dengan Al-Quran untuk mencapai kejayaan.

Buku Al-Quran Rahsia Terunggul cuba membuka berjuta-juta rahsia Al-Quran yang mungkin ramai tidak ambil peduli dan ia memiliki tenaga tarikan yang kuat dalam kehidupan kita.

Manakala Law Of Universal Attraction cuba memberi penjelasan tentang hukum tarikan antara kita dengan Allah SWT secara meluas.

Alhamdulillah selepas membaca buku ini, keyakinan saya lebih kuat di mana hukum tarikan telah lama wujud dalam Islam. 

Ia dinyatakan banyak sekali dalam Al-Quran dan Hadith Rasulullah SAW. Malahan para ulama dan ilmuan Islam telah lama mengaplikasikan teori ini dalam kehidupan mereka.

Buku ini membongkar kembali apakah rahsia sebenar kehebatan orang-orang Islam secara teori mengikut perspektif Law Of Attraction.

Marilah kita membaca...

Petikan dari buku  Law Of Universal Attraction

Minda manusia sentiasa membebaskan gelombang. Gelombang positif akan menarik perkara positif datang kepada kita. Semakin tinggi fokus yang minda berikan, semakin kuat tarikan yang berlaku. Law of Universal Attraction merangsang minda supaya membebaskan gelombang positif dan menarik lebih banyak kejayaan dalam hidup kita.

Selamat membaca, dapatkan panduan belajar bahasa inggeris dengan mudah di sini --->> Buku Fizikal English Itu Mudah - Belajar Grammar English Dalam Bahasa Malaysia
Tag : Buku
17 Komentar untuk "Law of Universal Attraction Menguatkan Keyakinan"

jika faham konsep law of attraction lebih mudah untuk faham law of universal attraction...

bahan bacaan yg sangat bermanfaat..

cara nak menerbitkan aura ke ni..hu3

memang bermanfaat baca buku-buku sebegini :)

singgah menabung sony


http://www.noormalashahar.com

Menarik kandungan dalam buku ni ekk..huhu

saya tidak pasti...tapi yang saya faham..manarik gelombang positif dalam diri

seronok mata memandang,,,indah lagi kalau dapat baca

hari tu ada nampak dah buku ni masa karnival buku kat usm.. masa tu baru dapat baucer buku 1 malaysia.. mmg borong buku sakan la.. tapi tak terdetik masa tu nk beli buku ni..

menarik itu.. positif berbalas dengan positif juga..

kalau tak beli pun xpa...boleh pinjam dekat library

memang itu yang Allah ajarkan kita. buat baik walau sebesar zarah pun, Allah akan balas dengan kebaikan

Back To Top