Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera
Apa khabar rakan-rakan blogger sekalian? Di harap semuanya sihat walafiat hendaknya. Hari ini saya tergerak hati ingin menulis satu rahsia kejayaan yang sering dicapai oleh kebanyakkan orang.
Sebelum itu, saya ingin maklumkan sekali lagi maksud kejayaan secara ringkas seperti mana yang telah saya khabarkan sebelum ini dalam entri 40 Kata-Kata Hikmah Kejayaan.
Kejayaan Dengan Sabar
Kejayaan adalah pencapaian sesuatu matlamat yang telah ditetapkan oleh setiap individu dan dia boleh memperolehinya.
Namun demikian, bagaimana cara untuk kita mencapai kejayaan? Sekiranya kita lihat orang yang berjaya dari segi akademik, perniagaan dan sebagainya ada satu rahsia yang tersembunyi iaitu kesabaran.
Kesabaran merupakan satu sifat yang mempunyai impak maksima dalam mengejar sesuatu impian bagi setiap orang.
Setiap orang mempunyai standard kejayaan yang berbeza-beza. Tidak kira apa standard kejayaan yang ingin digapai, kesabaran merupakan elemen penting yang mesti ada.
Besar kemungkinan, kebanyakkan orang yang gagal dalam mengejar cita-cita mereka adalah kerana tiada kesabaran.
Mari kita renung sebuah cerita pendek yang saya adaptasi dari buku Quranic Law Of Attraction.
Terdapat seorang lelaki yang mahu mengejar kedudukan pangkat tinggi di pejabatnya. Lelaki itu mula mendisiplinkan dirinya.
Dia mula memperbaiki hubungan dengan ketua, meningkatkan prestasi kerja dan lain-lain lagi. Namun, setelah beberapa tahun dia berusaha dia masih belum dinaikkan pangkat yang diinginkan.
Oleh kerana tidak mampu menahan sabar, lelaki itu membuat keputusan untuk berhenti kerja dan mencari kerja di tempat lain.
Kemudian, lelaki itu baru mendapat tahu bahawa, bosnya telah merancang untuk menaikkan pangkat lelaki itu.
Dia mahu menunggu lagi setahun supaya lelaki itu dapat menimba pengalaman sebelum dinaikkan pangkat.
Tetapi apa boleh buat, lelaki itu meninggalkan pejabat lama terlalu awal. Kalau dia bersabar, impiannya akan menjadi kenyataan.
Hakikatnya, keputusan yang diambil oleh lelaki itu tidak menjamin baik atau buruk nasibnya. Mungkin di tempat baharunya dia boleh mencapai impian yang diidamkan.
Namun, saya yakin jika kita tidak sabar dalam bekerja kita tidak mungkin tidak boleh berjaya walau di manapun kita bekerja. Melainkan dengan izin Allah SWT.
Itulah hebatnya sifat sabar. Kita semua memang boleh bersabar. Cuma kita perlu melatih diri untuk sentiasa bersabar.
Tag :
Ibadah,
Tip Pelbagai
2 Komentar untuk "Kejayaan Dengan Sabar"
aiza pun jenis yang tak sabar.. masih lagi melatih diri ini untuk bersikap sabar..
tak sabar memang lumrah...saya pun kena selalu latih diri