Hari Ini Sudah Berselawat

Merungkai Teori Law Of Attraction

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera

Syukur Alhamdulillah, dapat juga saya mencoretkan sesuatu di blog notamengajarbelajar.blogspot.com ini. 

Sehari tidak menulis rasa lain macam. Ada yang tidak sempurna pada diri. Semoga Allah SWT beri kekuatan untuk terus menulis perkara-perkara yang bermanfaat untuk diri sendiri dan semua.

Merungkai Teori Law Of Attraction
Merungkai Teori Law Of Attraction 


Terima kasih saya ucapkan kepada semua pengunjung setiap blog notamengajarbelajar.blogspot.com ini. Semoga kita dirahmati Allah SWT.

Semalam merupakan hari terakhir bagi umat Islam melaksanakan ibadah qurban. Tiada lagi sembelihan binatang dengan niat qurban dan tiada lagi takbir untuk Aidiladha bagi tahun ini.  

Semoga Allah SWT panjangkan umur kita dalam kebaikan sehingga berjumpa dengan Aidiladha tahun hadapan. Insha Allah.

Merungkai Teori Law Of Attraction 


Walaupun hari Raya Aidiladha ini tidak semeriah hari Raya Aidilfitri tetapi saya dan keluarga tetap bercuti seminggu.

Masa yang ada dipenuhi dengan aktiviti-aktiviti bersama dengan famili. Jadi saya kurang berkesempatan untuk mengadap laptop dan menulis blog.

Ketika masa rehat yang pendek, saya lebih gemar membaca buku. Aktiviti ini mudah dilakukan. Cuma ambil buku, duduk dan baca.

Buku yang sempat saya baca adalah Al-Quran Rahsia Terunggul terbitan Kharisma Network Sdn. Bhd. Karangan Ali Ahmad Maleya.

Buku ini diterbitkan pada tahun yang sama dengan buku Quranic Law Of Attraction yang telah saya nyatakan sedikit sebanyak dalam Law Of Attraction Disisi Islam sebelum ini iaitu 2009.

Pada pandangan saya kedua-dua buku ini saling berhubung kait kerana isu besar yang dibincangkan adalah berkenaan dengan Law of Attraction ataupun Hukum Tarikan.

Apabila saya baca kembali tajuk Law Of Attraction Disisi Islam yang saya tulis sebelum ini, timbul beberapa persoalan dalam diri.

Adakah benar apa yang saya tulis? Adakah Law Of Attraction ini tidak menyalahi syariat Islam yang sebenar.

Sejujurnya, saya sendiri belum menemui penjelasan oleh ulama atau ahli agama yang menyatakan tentang hal ini.

Namun, bila saya baca kedua-dua buah buku ini ditambah dengan bahan-bahan di internet, keyakinan saya semakin kuat bahawa Law Of Attraction bukan perkara baharu yang dibincangkan dalam Islam.

Ia telah lama dibincangkan di dalam Islam. Sumber yang syumul boleh kita perolehi adalah Al-Quran. Ditambah lagi dengan dalil yang sahih daripada Hadith Rasulullah SAW sudah cukup jelas berkenaan dengan Law Of Attraction.

Kemungkinan besar ramai umat Islam yang terkesan setelah membaca buku The Secret tulisan Rhonda Byrne yang menyatakan bahawa:

Anda menciptakan kehidupan dengan pemikiran-pemikiran anda. Kerana anda selalu berfikir dan anda selalu mencipta. Tetapi apa yang anda fokus, maka itulah yang akan muncul dalam kehidupan anda.

Hal yang dinyatakan oleh penulis tersebut sebenarnya telah banyak dirakamkan di dalam kitab suci AL-Quran. Salah satu ayat yang ingin saya bawakan dalam entri ini adalah:

Maka sesiapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarah, nescaya dia akan melihat (balasan)nya. Dan sesiapa yang mengerjakan kejahatan seberat zarah, nescaya dia akan melihat (balasan)nya. (Surah Al-Zalzalah ayat 7-8)

Merujuk kepada isi kandungan buku The Secret itu, saya juga ingin kongsikan maksud sebuah hadith yang disabdakan Rasulullah SAW .

Sesungguhnya Allah berfirman: Aku akan mengikat prasangka hambaKu dan Aku akan sentiasa menyertainya apabila mereka berdoa.

Prasangka adalah salah satu daya fikiran manusia yang mana apabila kita memikirkan hal yang baik-baik, maka Allah SWT mengizinkan prasangka hambaNya itu.

Dalam maksud yang lain, bukankan Rasulullah SAW seringkali menyuruh kita memohon doa kepada Allah SWT jika kita berhajatkan sesuatu.

Apabila kita berdoa dengan bersungguh-sungguh dan memenuhi syarat-syarat doa yang diterima, Allah akan makbulkan doa kita.

Saya betul-betul rasa bersyukur kepada Allah SWT kerana menemukan saya dengan buku-buku yang dikarang oleh orang-orang Islam berkenaan dengan teori Law Of Attraction ini seperti Quranic Law Of Attraction dan Al-Quran Rahsia Terunggul.

Ini kerana keyakinan saya semakin kuat bahawa ilmu Allah SWT Al-Quran dan Hadith Rasulullah SAW terlalu luas dan mencakupi serba serbi bidang.

Memang tidak dinafikan kajian-kajian atau penemuan yang dibawa oleh penyelidik barat menujukkan hasil yang menakjubkan, namun semuanya tidak lengkap.

Barangkali ada yang bertanya apa yang tidak lengkapnya?

Jawapannya, segala penemuan-penemuan hasil daripada kajian saintifik yang ditunjukkan kepada kita tidak disandarkan kepada yang Maha Pencipta.

Saya masih ingat, sejak kecil lagi saya diajar bahawa kita adalah hanyalah makhluk Allah yang tidak mampu melakukan sebarang tindakan tanpa keizinannya.

Usaha kita juga tidak akan memberi sebarang 'bekas' atau jaminan melainkan hanya dengan izin Allah SWT.

Oleh yang demikian, apa sahaja penemuan, teori atau konsep yang diperkenalkan perlu berlandaskan syariat Islam.

Kita perlu yakin, Islam adalah agama syumul. Ia mencakupi segenap segi bidang duniawi dan ukhrawi.

Law Of Attraction merupakan teori yang menunjukkan kebesaran Ilahi yang patut kita hayati. Sepatutnya, dengan memahami teori ini iman kita akan lebih ampuh dan kukuh.

Semoga Allah SWT sentiasa merahmati kita semua.


8 Komentar untuk "Merungkai Teori Law Of Attraction "

teori utk kita mengenal tuhan, believe and faith..

terima kasih baby comel. info yang cukup bermakna untuk dunia dan akhirat

sesuau yang bernar sudah tertulis dalam kalam kita yang buat tak tahu

Pembacaan dan rujukan pelbagai sumber sebegini pastinya dapat membantu meningkatkan cara berfikir dan pemikiran yang lebih hebat

Back To Top