Hari Ini Sudah Berselawat

Rezeki Bukan Semata-Mata Duit

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera 

Saya kira terlalu banyak artikel, bahan-bahan bacaan yang kita boleh perolehi melalui buku, majalah dan internet yang berbicara tentang rezeki.


Bukan setakat itu sahaja, malahan kalau kita sering mengikuti kuliah-kuliah atau ceramah-ceramah agama kita akan diberi penjelasan apakah yang sebenarnya dimaksudkan tentang rezeki.

Rezeki Bukan Semata-Mata Duit


Bagi mereka yang telah celik akal tentang maksud rezeki, sudah pasti mereka sedar bahawa rezeki bukan semata-mata duit.

Rezeki Buka Semata-Mata Duit


Rezeki sememangnya hak milik Allah SWT dan Allah SWT jugalah yang menetapkan rezeki setiap hambaNya.

Maksud rezeki terlalu luas ertinya di sisi agama Islam. Seperti yang saya nyatakan tadi rezeki bukan semata-mata duit.

Ia mencakupi pelbagai aspek kehidupan yang sering berkaitan dengan diri kita. Umpamanya, ilmu pengetahuan, kesihatan, ketenangan, kebahagiaan, kedamaian dan sebagainya. 

Misalan lain yang dikategorikan sebagai rezeki adalah kemampuan melakukan amal ibadah dengan ikhlas, mengajak orang melakukan kebaikan dan mencegah perlakuan kemungkaran pun sama juga.

Contoh-contoh tersebut merupakan rezeki dari Allah SWT yang sepatutnya kita sedari dan syukuri banyak-banyak.

Tugas Mencari Rezeki 


Salah satu tugas utama seorang bapa yang menjadi ketua rumah tangga adalah mencari rezeki untuk menyara kehidupan dirinya bersama keluarga. 

Bagi kita yang lahir dalam kalangan orang yang kurang berada tentu dapat merasakan betapa peritnya abah membanting tulang demi mencari sesuap nasi.

Sampai satu tahap, dia terpaksa mengorbankan diri dengan berlapar dan tidak bertukar pakaian demi menyediakan keperluan ahli rumah tangganya.

Walaupun kita sedar bahawa rezeki itu milik Allah dan Dialah yang menentukan rezeki setiap diri kita tetapi tugas mencari rezeki tetap menjadi kewajipan kepada kita.

Adakah kita tahu di mana rezeki kita berada? Adakah kita tahu bila rezeki kita akan sampai? Adakah kita tahu hari ini Allah SWT telah sediakan rezeki untuk kita?

Semua soalan-soalan di atas memang tidak mampu untuk kita jawab melainkan kita menjalankan tugas mencari rezeki.

Mencari Dan Menjemput Rezeki


Sebilangan besar daripada kita yang yakin akan hal ini sudah pasti akan menjalankan tugas mencari rezeki sebaik mungkin demi meneruskan kelangsungan hidup ini.

Oleh itu setiap hari bangun dari tidur kita akan berfikir apakah kerja yang perlu kita lakukan semata-mata untuk mencari rezeki.

rezeki bukan semata-mata duit


Tidak hairanlah ada sebilangan besar rakyat negara kita yang bertungkus lumus mencari rezeki dari siang hingga ke malam bertungkus-lumus mencari rezeki, namun hasil yang diperolehinya sekadar cukup makan sahaja.

Waalahu'alam. Hanya Allah yang Maha Mengetahui. 

Perlu diingat bahawa tugas mencari rezeki merupakan sebahagian sahaja daripada tanggungjawab yang kita perlu lakukan setiap hari. 

Terdapat banyak lagi tugas kita yang perlu kita lakukan umpamanya bagi seorang abah adalah solat berjemaah, mendidik anak isteri, menuntut ilmu dan sebagainya.

Justeru, kita disarankan mencari ilmu bagaimana cara mencari rezeki yang bertepatan dengan kehendak syariat Islam.

Menjemput rezeki dan mencari rezeki merupakan dua istilah yang berbeza. Menurut Ustaz Fathuri, pakar menjemput rezeki, kaedah mencari rezeki lebih mudah berbanding cara menjemput rezeki.

Bukan itu sahaja, bahkan kita dianjurkan mengikut sistem menjemput rezeki yang disukai oleh Allah SWT dan Rasulullah SAW.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, bolehlah blogger-blogger atau rakan pembaca sekalian cuba telaan buku dan 3 ebook di bawah ini.
Cara penyampaian yang mudah difahami cukup memberi kesan kepada yang membacanya dan yang penting sekali ilmu yang diperolehi perlu diamalkan. In Sha Allah...dimurahkan rezeki.


4 Komentar untuk "Rezeki Bukan Semata-Mata Duit"

betul tu.. rezeki tu luas.. bukan hanya pada duit saja..

Ebook Sistem menjemput rezeki sangat bermakna supaya kita hidup dengan mewah didunia dan lebih kaya di akhirat kelak. terutama setelah memahami hakikat rezeki sebenar..

Back To Top