Hari Ini Sudah Berselawat

Mampu Membaca Al-Quran Walaupun Berusia Lebih 100 Tahun

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera

Alhamdulillah syukur, kita masih dapat menyedut udara segar hari ini. Semoga kita diberkati dan dirahmati Allah SWT.


Hari ini saya rasa teruja untuk berkongsi tentang kelebihan yang Allah SWT anugerahkan kepada seorang warga emas yang masih istiqamah membaca Al-Quran meskipun umurnya sudah menjangkau leibh 100 tahun.

Kisah lanjut tentang kemampuan seorang warga emas membaca Al-Quran walaupun berusia lebih 100 tahun ini boleh dirujuk dalam akhbar sinar haian online.


Mampu Membaca Al-Quran Walaupun Berusia Lebih 100 Tahun
Membaca Al-Quran

Mampu Membaca Al-Quran Walaupun Berusia 100 Tahun


Warga emas yang saya kira cukup istimewa ini bernama Husein Teh yang tinggal di Kampung Hujung Teluk Kechai, Kuala Kedah.

Haji Teh menjadikan amalan harian dalam hidupnya di kala waktu pagi, petang dan malam dengan membaca Al-Quran.

Umurnya kini dianggarkan sudah mencapai 124 tahun. Amalan membaca Al-Quran yang biasa dilakukan selepas menunaikan solat fardu patut dijadikan contoh oleh kita semua.

Beliau kini di jaga anak bongsunya, Ahmad Teh, 61 dan isteri Ku Zabedah Ku Ahmad, 58 berasa cukup bertuah dan amat dihargai kerana anak-anaknya masih menyayanginya.

Menurut anaknya Ahmad, ayahnya yang telah berusia sedemikian masih kuat seperti orang muda dan boleh melakukan pekejaan seperti biasa.

Hasil pemeriksaan ujian darah di hospital juga mendapati setakat ini ayahnya tidak mengidap sebarang penyakit.

“Ayah mempunyai hobi yang sangat menarik sejak usia muda. Pada waktu lapang saja, dia suka menghabiskan masa dengan membaca al-Quran. Boleh dikatakan setiap minggu dia akan khatam al-Quran. 
“Berbanding dengan orang lain seperti kita mungkin tidak mampu untuk buat seperti itu kerana sibuk dengan urusan kerja. Kalau ada, mungkin sebulan sekali. Itu pun pada bulan Ramadan saja,” katanya kepada Sinar Harian.
Antara lain, kelebihan yang ada pada warga emas ini adalah beliau membaca Al-Quran tanpa menggunakan kaca mata dalam keadaan usianya lebih 100 tahun.

Bukan setakat membaca Al-Quran, membaca surat khabar dan menonton televisyen juga beliau mampu lakukan tanpa memakai cermin mata.


Rezeki Bukan Semata-Mata Duit


Inginkan Anak Cemerlang? Klik Disini!
Beliau juga masih kenal tokoh-tokoh politik dan ingatannya tentang beberapa peristiwa semasa zaman penjajahan British serta Jepun tetap segar.

Makanan yang menjadi kegemarannya setiap pagi adalah nasi lemak. Biarpun gusinya tiada gigi, tetapi beliau masih boleh menggigit makanan-makanan rapuh.

Husein Teh mempunyai 6 orang cahaya mata, tiga lelaki dan tiga perempuan, hasil perkahwinannya dengan Che Som Yakob.

Inginkan Anak Cemerlang? Klik Disini!
Di fahamkan beliau yang tidak tidak lagi membuat kerja-kerja bendang sejak kebelangan ini turut dikurniakan lebih 20 orang cucu, 10 orang cicit dan bakal menimang seorang pipit dalam masa beberapa bulan sahaja lagi.

Semoga kisah ini menjadi iktibar kepada kita untuk memperbanyakkan membaca Al-Quran. Memang tidak dinafikan orang yang mendekatkan diri dengan Allah melalui Al-Quran tidak akan sia-sia.
8 Komentar untuk "Mampu Membaca Al-Quran Walaupun Berusia Lebih 100 Tahun"

subhanallah.. betapa besarnya mukjizat al-quran.. penglihatan beliau pun tentunya masih terang..

mudah-mudahan kita juga boleh mencotohi beliau

Allah maha besar. sebagai iktibar uktuk kita semua untuk dekatkan diri denganNya dgn amalan membaca Al-Qurqan.

Assalammualikum...faizal,

Allahhuakbar,, hebat sungguh kebesaran al-Quran kepada pembacanya.. moga2 kita mencontohi amalan mulia ini.. amin

mselim3

Terlalu banyak fadilat membaca Kalam Allah. Dah isi tabung admin.. :)

Back To Top