Hari Ini Sudah Berselawat

3 Punca Jenayah Ragut

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera

Semakin hari kes jenayah berlaku di mana-mana sahaja. Perkara ini cukup membimbangkan kita semua.

Salah satu kes jenayah yang cukup berleluasa pada masa kini di negara kita adalah jenayah ragut.

Kebanyakkan kes jenayah ini berlaku adalah kepada golongan wanita yang dilakukan oleh peragut lelaki. 

Antara barang-barang yang sering menjadi pilihan peragut adalah beg tangan barang kemas dan telefon bimbit.

Hasil pembacaan saya mendapati terdapat 3 Punca Jenayah Ragut yang sering berlaku.

3 Punca Jenayah Ragut




3 Punca Jenayah Ragut


# 1. Desakan hidup


Kehidupan yang terdesak oleh kerana kerana taraf kehidupan di negara ini semakin meningkat menyebabkan rakyat Malaysia perlu mencari duit untuk meneruskan kehidupan walau dengan cara apa sekalipun.

Selain itu, ada juga mereka yang telah hilang punca pendapatan untuk menyara keluarga. Perkara ini terjadi mungkin kerana kemelesetan ekonomi yang menyebabkan syarikat atau kilang yang terpaksa ditutup.

Ada juga yang sanggup meragut kerana tamak dan ingin hidup mewah dengan segera. Mungkin kerana terpengaruh dengan kemewahan orang lain.

Faktor lain yang menjadi faktor desakan hidup adalah penagihan dadah. Kebanyakkan kes ragut adalah melibatkan mereka yang mengambil dadah.

Mereka sanggup melakukan jenayah ragut kerana ini merupakan cara yang paling cepat untuk mendapatkan wang.

# 2. Sikap mangsa


Rata-rata yang menjadi mangsa ragut adalah wanita. Seperti yang saya nyatakan di atas, antara barangan yang menjadi idaman peragut adalah barang kemas, beg tangan dan telefon bimbit.

Peragut mudah tertarik dengan wanita-wanita yang suka mendedahkan barang kemas yang dipakai. Tambahan pula, barang kemas yang keterlaluan.

Apabila mereka berjalan, mereka tidak peka dengan keadaan sekeliling, adakah laluan mereka selamat atau tidak.

Tempat-tempat yang sering dilalui oleh golongan wanita adalah lorong sunyi dan berjalan berseorangan.

# 3. Kawasan yang tidak mempunyai ciri keselamatan


Kawasan yang tidak mempunyai ciri-ciri keselamatan juga merupakan punca jenayah ragut sering berlaku.


Kawasan-kawasan yang menjadi target mereka adalah kawasan yang tidak kamera litar tertutup, dan tidak ada lampu.

Selain itu, tidak ada penghadang atau pemisah di laluan pejalan kaki dan tidak ada papan tanda amaran kawasan berisiko kejadian ragut.

Rezeki Bukan Semata-Mata Duit

Penutup


Semoga kita semua dilindungi Allah SWT daripada perkara yang tidak diingini berlaku. Marilah kita berdoa agar diberi keselamatan dan perlindungan.

Tag : Tip Pelbagai
8 Komentar untuk "3 Punca Jenayah Ragut"

menakutkan sekarang ni...

isi tabung save 22



http://www.noormalashahar.com.my

kadang2 ada kes ragut yg menyebabkan kematian..bahaya betul la kan

Tips tambahan daripada saya, amalkan membaca ayat kursi sebelum keluar rumah. =)

terima kasih di atas tip yang cukup bermanfaat ini

terima kasih di atas peringatan ini.. kebanyakan mangsa yang menjadi sasaran peragut adalah wanita tua..

Back To Top