Hari Ini Sudah Berselawat

Kepentingan Memilih Sahabat

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera

Secara logiknya, memang susah hidup kita seandainya tidak dapat berkomunikasi dengan manusia lain di atas muka bumi ini.

Ini kerana, kita merupakan hamba Allah yang lemah dan sentiasa memerlukan bantuan orang lain dalam meneruskan kelangsungan hidup.

Selain kita berkomunikasi dengan orang yang kita kenal seperti ahli keluarga dab guru, kita juga akan saling berhubung dengan orang yang kita panggil rakan atau sahabat.

Namun demikian, di dunia ini terdapat bermacam-macam jenis manusia yang kita tidak tahu isi hati mereka.



Sahabat adalah orang yang mampu mencorakkan kehidupan kita. Seandainya kita tersilap memilih sahabat, maka natijah mendatangkan keburukan.

Kepentingan Memilih Sahabat

Imam Ghazali pula mengatakan bahawa,
"Di dalam memilih sahabat hendaklah engkau perhatikan syarat-syarat bersahabat. Maka janganlah engkau bersahabat kecuali dengan orang yang layak untuk dijadikan sahabat."
Untuk mencapai kebahagiaan di dunia dan akhirat, beberapa syarat-syarat telah digariskan oleh Imam Ghazali dalam memilih sahabat, iaitu:
  1. Pilih sahabat yang berakal dan bukannya orang yang bodoh
  2. Orang yang baik akhlaknya
  3. Orang yang soleh
  4. Jauhi orang yang tamak dunia
  5. Orang yang benar

Kenapa kita perlu tahu cara sebenar dalam memilih sahabat? Jawapannya boleh dirujuk dalam maksud Hadith di bawah ini:
Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud : "Seseorang itu mengikut agama (cara hidup) sahabatnya, maka hendaklah setiap daripada kamu terlebih dahulu memerhatikan siapa yang dipilih sebagai sahabatmu." (Riwayat Abu Daud, al-Tirmizi dan al-Baihaqi)
Hujah-hujah yang di atas sudah cukup kuat menunjukkan bahawa kita perlu memilih sahabat yang baik untuk berkawan.

Cuba baca senario ini pula sebagai contoh dalam kehidupan yang menjelaskan kepentingan memilih sahabat.

Rahman membeli durian dan bawa ke rumah sewanya menaiki kereta selama 3 jam. Apabila sampai di rumah, beliau meletakkan durian itu ke dalam peti sejuk.


Kesannya, kereta beliau berbau durian. Selepas beberapa jam, peti sejuk rumah sewanya akan berbau durian.

Begitulah pentingnya untuk kita memilih sahabat. Cuba banyangkan, selama 41 hari kita bergaul dengan jutawan.

Apabila kita berjumpa dengan jutawan dan berbincang tentang perkara yang membuat mereka jadi jutawan. 

Kemudian, kita aplikasikan cara yang mereka kongsikan menyebabkan kita juga terpaksa menjadi seorang jutawan.

Semua ini adalah tentan rezeki

Dapatkan panduan mendapat rezeki dengan klik link --->> 9 formula pantas rezeki dan 70 formula rezeki melimpah ruah.

Tip Sinergi FB(Facebook) dengan jemaah berpengaruh...

  1. Praktikkan penulisan Bahasa Melayu
  2. Buat perenggaran setiap 3 baris ayat
  3. Elakkan penulisan beremosi negatif ketika menulis
  4. Tulis perkara-perkara positif, halalan toyyiban dan bersyariat sahaja.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua yang membacanya. 
4 Komentar untuk "Kepentingan Memilih Sahabat"

betul tu.. selalunya sikap/perangai kita akan dipengaruhi oleh siapa sahabat baik kita.. jadi pilihlah sahabat yang membawa kita ke jalan yang diredhai oleh Allah.. :D

Assalammualaikum... entry mengenai sahabat yang sangat2 baik dan beri motivasi bagaimana memilih sahabat. Di samping itu kita boleh menjana pendapatan melalui jomniaga...

mselim3

kajian psikologi menyatakan tingkah laku manusia dipengaruhi oleh dua faktor iaitu keturunan dan persekitaran. sahabat mungkin dalam kategori persekitaran

Back To Top