Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera
Dalam membangunkan sebuah blog, pelbagai teknik dan tutorial blogging yang kita perlu pelajari agar blog kita mencapai seperti mana yang kita kehendaki. Dalam erti kata lain, teknik-teknik dan tutorial blogging ini begitu penting agar blog kita kelihatan cantik dan tidak membosankan mata kita.
Sekian lama berkecimpung dalam dunia blog, terasa rugi pula tidak berkongsi pengetahuan yang telah kita perolehi dan amalkan. Oleh itu, hari ini saya ingin kongsikan bagaimana cara mudah untuk centerkan widget yang kita tampal dalam blog kita.
Kenapa saya hendak kongsikan cara mudah nak centerkan widget ini? Jawapannya, saya suka kedudukan side bar yang kemas dan berada pada tengah-tengah atau center side bar.
Cara Mudah Untuk 'Center'kan Widget
Caranya mudah sekali. Apabila kita hendak pasang mana-mana widget dalam blog kita, letakkan code di bawah ini sebelum Html code widget yang kita kehendaki
<center>
Kemudian, letakkan pula code di bawah ini selepas Html code widget tersebut
</center>
Selamat mencuba! Saya harap anda semua berjaya. Boleh tanya saya kalau ada masalah dalam hal ini. In Sha Allah saya cuba bantu.
Kredit to Oh Ninie
0 Komentar untuk "Cara Mudah Untuk 'Center'kan Widget"