Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera
Assalamuaikum WBT
Assalamuaikum WBT
Alhamdulillah syukur. Nyawa masih dikandung badan. Jika dihitung umur saya mengikut kalendar masihi, umur saya kini menjangkau 31 tahun. Semoga Allah SWT menaruh nyawa saya untuk meneruskan kehidupan sehingga Ramadhan yang bakal menjelang.
Sebelum datangnya Ramadhan, kita digalakkan membaca suatu doa yang dirangkumkan bagi tiga bulan berturut-turut iaitu Rejab, Syaaban dan Ramadhan.
Sebelum datangnya Ramadhan, kita digalakkan membaca suatu doa yang dirangkumkan bagi tiga bulan berturut-turut iaitu Rejab, Syaaban dan Ramadhan.
Doa Menjelang Ramadhan
Merujuk kepada Kitab Furu' Al-Masa'il karangan Maulana Syeikh Daun Bin Abdullah Al-Fathani kita diwajibkan berpuasa tatkala melihat anak bulan (Ramadhan) atau dengan mencukupkan bulan Syaaban 30 hari.
Setelah berlalunya bulan Rejab dan Syaaban, maka bulan Ramadhan bakal membuka tirainya. Kita di sunatkan membaca suatu doa yang cukup baik di amalkan. Maksud doa tersebut adalah:
Allah Maha Besar dengan menjelang anak bulan ini, kurniakanlah kepada kami keamanan, keimanan, keselamatan, kesejahteraan dan taufik ke arah yang Engkau sukai dan redhai. Tuhan kami dan juga Tuhan kamu ialah Allah, tiada daya upaya dan tiada kekuatan melainkan dengan Allah Yang Maha Tinggi lagi Maha Agung. Ya Allah, aku memohon kabaikan pada bulan ini, dan aku memohon daripadaMu daripada penentuan yang jahat dan perhimpunan yang jahat, (anak bulan ialah satu kebaikan dan petunjuk) (ulang tiga kali). (akku telah beriman dengan Tuhan yang menciptakan kamu)(ulang tiga kali), segala puji-pujian bagi Allah yang menghilangkan bulan sekian dan mendatangkan dengan bulan.
Mudah-mudahan Ramadhan kali lebih bermakna buat kita semua. Peluang untuk kita menambah pahala dan membersih dosa masih terbentang luas. In Sha Allah.
0 Komentar untuk "Doa Menjelang Ramadhan"