Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera
Kes buli di sekolah semakin menjadi-jadi sekarang ini. Apabila melihat dan terbaca kes buli di sekolah, saya berasa sedih dan bimbang dengan nasib anak-anak remaja kita pada masa kini.
Saya berasa sedih dan bimbang kerana saya juga mempunyai anak-anak yang akan meneruskan kehidupan yang penuh cabaran pada hari dan akan datang.
Kes buli ini telah banyak kali kita dengar dan entah bila ia akan berakhir. Adakah sudah hilang nilai-nilai murni dalam diri?
Video: Kes Buli Di Sekolah Lagi
Kes kali ini berlaku di SMK TUN HUSSEIN ONN, PULAU PINANG. Menurut sumber di sini, perlakuan memukul pelajar ini berlaku setelah mangsa yang dibuli membuat laporan kepada cikgu berkenaan telefon bimbit yang dibawa oleh kumpulan pembuli.
Mangsa yang dibuli merupakan ketua kelas. Lantaran tidak berpuas hati dengan tindakan ketua kelas tersebut, dia dipukul oleh lebih dari seorang pelajar tanpa belas kasihan.
Boleh lihat video di atas, betapa ganasnya mereka ini memukul ketua kelas mereka tanpa belas kasihan.
Menurut polis, pelajar-pelajar terbabit dalam kes buli di sekolah ini telah dihukum dengan dibuang sekolah.
Marilah kita membetulkan diri kita dengan mendekatkan diri dengan Allah SWT. Moga-moga Allah SWT memberi keselamatan kepada diri kita semua.
Tag :
isu semasa,
Video
0 Komentar untuk "Video: Kes Buli Di Sekolah Lagi"