Hari Ini Sudah Berselawat

Koleksi Doa: Jangan Berhenti Berdoa

Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera...


Negara kita sedang dilanda suatu tragedi yang menyayatkan hati. Semua warga Malaysia dan Filifina terutamanya yang bergama Islam tentu sedih kerana pertumpahan darah yang berlaku adalah melibatkan umat Islam. 

Saya turut merasa bimbang dan sedih mengenangkan peristiwa ini. Lalu timbul satu persoalan dalam diri. Kenapakah Allah SWT tunjukkan perkara ini kepada kita semua?

Segala hikmahnya, hanya Allah SWT yang maha mengetahui.

Cuba kita merenung dalam diri kita betapa kerdilnya kita. Tiada upaya yang dapat kita lakukan tanpa keizinanNya. 

Segala keselamatan bukan terletak pada kekuasaan kita, tetapi semuanya milik Allah SWT.

Jangan Berhenti Berdoa

Oleh itu, marilah sama-sama kita kembali kepada Allah SWT dengan memohon ampun dan pertolongan daripadaNya.

Jangan Berhenti Berdoa, kerana rahmat Allah SWT sentiasa ada. Mudah-mudahan dengan berdoa Allah SWT akan melindungi kita.

Koleksi Doa

Di bawah ini saya lampirkan beberapa senarai laman web dan blog yang memaparkan senarai doa yang boleh kita amalkan.


Adalah lebih baik, doa yang ingin kita amalkan dirujuk dengan orang-orang yang alim dalam ilmu agama.

Jangan Berhenti Berdoa.
Tag : Doa, Ibadah
0 Komentar untuk "Koleksi Doa: Jangan Berhenti Berdoa"

Back To Top