Hari Ini Sudah Berselawat

Pengertian Kepimpinan

Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera..


Dalam kehidupan kita tidak dapat dipisahkan dengan kepimpinan, sama ada dalam organisasi, keluarga ataupun dalam diri sendiri.

Kempimpinan merupakan elemen penting dalam kelangsungan hidup kita. Namun begitu, apakah teori kepimpinan sebenarnya?

Oleh yang demikian, hari ini, saya ingin berkongsi sedikit pengertian kepimpinan.


PENGERTIAN KEPIMPINAN

Pada amnya, kepimpinan diertikan sebagai seni atau proses mempengaruhi kegiatan manusia yang berkaitan dengan tugas mereka, supaya mereka rela bergiat dan berusaha ke arah pencapaian gal organisasi. 

Sebaik-baiknya, manusia patut digalakkan untuk menanam kegigihan, keazaman dan keyakinan untuk bekerja. 


Para pemimpin tidak menekan atau mencucuk suatu kumpulan dari belakang; sebaliknya mereka meletakkan diri di hadapan kumpulan itu sambil memajukan dan mengilhamkan ahli-ahli kumpulan itu untuk mencapai matlamat organisasi.

Misalnya, seorang pemimpin sebuah pancaragam (orkestra) yang bertugas untuk menghasilkan bunyi-bunyian yang diselaraskan dan irama lagu yang betul, menyelami usaha-usaha bersatu dengan muzik di dalam orkestranya itu.

Terdapat tiga faktor penting tentang teori kepimpinan. 


Pertama 

Kepimpinan mesti melibatkan orang lain atau pihak lain sama ada pekerja-pekerja bawahan yang dipertanggungjawabkan atau para pengikut. 

Ahli-ahli kumpulan rnembantu mentakrifkan status pemimpin, dan mewujudkan proses kepimpinan menjalani kesanggupan mereka untuk menerima pengagihan kuasa yang tidak seimbang di antara para pemimpin dan ahli-ahli kumpulan. 

Kedua

Para pemimpin rnempunyai autoriti untuk memberi arahan berkenaan dengan setengah daripada kegiatan-kegiatan anggota kumpulan, manakala anggota-anggota pula tidak boleh mengarah aktiviti-aktiviti pemimpin mereka. 

Ketiga

Selain daripada berkuasa untuk mernberi arahan tentang apa yang perlu dilakukan, pemimpin boleh juga mempengaruhi melalui arahan yang dilaksanakan oleb pekerja-pekerjanya. 

Misalnya, seorang pengurus mungkin dapat mengarah stafnya untuk melakukan sesuatu tugas, tetapi yang mungkin menentukan sampai ada tugas itu benar-benar dikendalikan dengan betul ialah tahap pengaruhnya terhadap pihak yang berkenaan. 

Mudah-mudahan ianya bermanfaat.

0 Komentar untuk "Pengertian Kepimpinan"

Back To Top