Hari Ini Sudah Berselawat

Rahsia Kejayaan

Assalamualaikum dan salam sejahtara

Di sebalik kejayaan besar dalam akademik, ada rahsia yang mungkin tidak diketahui oleh sebilangan besar pelajar.

1. Doa dan Niat

Sebagai seorang muslim, doa merupakan perkara penting dalam kehidupan kita. Doa mesti seiring dengan usaha kita. Allah SWT sangat suka hambaNya yang berdoa.

2. Aturkan Sasaran, Cita-cita dan Matlamat

Sasaran, cita-cita dan matlamat merupakan halatuju yang hendak kita kecapi. Sebut dan tulis matlamat yang diingini serta letakkan di tempat yang kita sering lihat. Matlamat mesti jelas, contohnya saya ingin dapat CGPA 4.00 dalam peperiksaan semester.

3. Rancangan atau Pelan Tindakan

Kalau sekadar bercita-cita tinggi tapi tiada rancangan dan pelan tindakan, agak sukar untuk mencapai cita-cita tersebut. Oleh itu, rancanglah jadual yang sesuai untuk dilaksanakan bagi mencapai cita-cita yang diingini.

4. Taat, Yakin dan Cintai Ilmu

Perkara yang paling penting dalam kehidupan ialah taat kepada perintah Tuhan, barulah ada keberkatan dan mudah dimakbulkan doa serta mudah diberi pertolongan atas usaha yang kita lakukan. Yakinlah bahawa Allah SWT maha kuasa menjadikan setiap sesuatu dan Dia menjanjikan kejayaan kepada orang yang berusaha. Orang yang Berjaya ialah orang yang mencintai ilmu kerana ilmulah yang akan memandu seseorang untuk mencapai kejayaan.

5. Usaha yang Berkekalan

Setiap usaha yang dilakukan mestilah berdasarkan ilmu dan mesti berkekalan atau istiqamah. InsyaAllah pasti akan Berjaya.


Selamat berdoa dan berusaha!!!
Tag : Tip Belajar
0 Komentar untuk "Rahsia Kejayaan"

Back To Top