Assalamualaikum dan salam sejahtera
Masa umpama mata pedang. Jika kita terlewat maka kita akan dipotong tetapi kalau kita cepat, kita boleh selamat.
Lebih kurang begitulah perumpamaan masa yang digambarkan oleh orang Arab.
Di sini jelas menunjukkan bahawa pentingnya masa dalam kehidupan kita.
Untuk memastikan pengurusan masa kita berjalan dengan baik, kita perlu mengetahui sifat-sifat masa.
Antara sifat-sifat masa ialah:
Pantas peredarannya-

Time To Learn |
Pantas peredarannya-
pantas di sini bukanlah pergerakkan jarum minit, jarum saat atau jarum jam yang bergerak terlalu pantas tapi perasaan manusia yang sering terlalai dengan aktiviti yang dilakukan.
Oleh yang demikian, isilah masa yang ada dengan aktiviti yang berfaedah agar masa yang berlalu tidak terbuang begitu sahaja.
Masa yang berlalu tidak akan kembali-
Sangat bernilai dan tidak boleh dimiliki oleh manusia-
Saat yang berlalu tidak akan kembali lagi. Kalau tadi kita berjalan di sesuatu tempat dan sekarang kita berpatah balik untuk berjalan di tempat yang sama.
Masa yang tadi adalah tidak sama dengan masa yang sekarang. Jadi manfaatkan masa yang ada dengan amalan kebajikan.
Masa akan tetap berjalan dan berjalan. Manusia tidak boleh memiliki dan tidak boleh mengawal masa walau sebagaimana hebatnya dia di atas muka bumi ini.
Semoga kita menghargai masa dan tidak membazirkan masa yang ada.
Tag :
Motivasi
0 Komentar untuk "Sifat-Sifat Masa"