Assalamualaikum dan salam sejahtera
Hari ini saya rasa motivasi dalam diri semakin mendung. Entah mengapa, kurang bersemangat untuk bekerja dan belajar.
Jadi, saya perlu lakukan sesuatu untuk memulihkan semangat dan motivasi diri saya.
Salah satu aktiviti yang sering saya lakukan ketika motivasi berkurangan adalah membaca buku dan buku yang saya pilih adalah bergenri motivasi.
Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT, selepas menyelak dan membaca beberapa helai muka surat sebuah buku saya terjumpa sesuatu mesej yang boleh menjadi pemangkin kepada motivasi diri.
Dan, saya rasa ingin berkongsi dengan anda semua di sini. Jom baca selanjutnya.
Pemangkin Motivasi |
Pemangkin Motivasi
Salah satu perkara yang boleh menjadi pemangkin motivasi kepada diri kita adalah Kejayaan yang pernah kita capai sendiri.
Sebab itu, ada pepatah mengatakan Kejayaan Adalah Motivasi Terbesar
Kejayaan yang kita kecapi tidak semestinya besar bagi pandangan orang lain. Contohnya, apabila kita dapat menyelesaikan suatu tugas dengan baik dan pantas. Itu adalah satu contoh kejayaan yang memotivasikan diri kita.
Contoh lain adalah seorang ibu yang berjaya memasak masakan kegemaran keluarga. Ini juga salah satu contoh kejayaan yang boleh memotivasikan diri.
Manusia akan rasa seronok apabila mendapat sesuatu yang diingini dan diidamkan. Manusia akan berseri-seri wajahanya apabila mencapai sesuatu yang dihajatkan.
Perasaan ini wujud secara sedar atau tanpa disedari oleh seseorang itu. Kita boleh lihat pada riak wajah seseorang yang mungkin tersenyum gembira dan bersemangat melakukan sesuatu kerja setelah medapat sesuatu kejayaan.
Situasi ini sangat baik dan mendatangkan kesan positif dalam kehidupan seseorang.
Jelaslah bahawa, kejayaan seseorang sebenarnya sumber motivasi kepada dirinya untuk meneruskan kehidupan.

Apabila seseorang mendapat kejayaan dia gembira, ceria, bahagia dan bermotivasi untuk melakukan kejayaan lain.
Oleh ciptalah kejayaan kerana sesuatu kejayaan akan menjadikan seseorang bersemangat untuk mencipta kejayaan lagi.
Tag :
Motivasi
0 Komentar untuk "Pemangkin Motivasi"