Assalamualaikum WBT
Dalam mengejar sesuatu cita-cita, memang kita tidak boleh meninggalkan perbuatan mencuba dan mencuba.
Cuba bayangkan kalau kita boleh kenyang tanpa perlu makan, boleh hilang dahaga tanpa perlu minum dan boleh sampai ke sesuatu tempat tanpa perlu berjalan atau berkenderaan.
Sudah tentu pelik dan tidak terasa kenikmatan usaha. Usaha juga merupakan satu anugerah Allah SWT kepada kita.
Sudah tentu pelik dan tidak terasa kenikmatan usaha. Usaha juga merupakan satu anugerah Allah SWT kepada kita.
Jangan Tidak Mencuba
Jangan Tidak Mencuba |
Orang yang tidak berpeluang untuk berusaha tidak akan merasa nikmat kejayaan apa yang diusahakannya.
Oleh itu, lebih baik kita menggunakan segala apa yang ada pada diri kita untuk berusaha bagi mencapai apa yang di hajatkan daripada duduk saja tanpa melakukan apa-apa.
Sedangkan pahala dan dosa kita juga akan dikira berdasarkan usaha yang kita lakukan bukannya apa yang kita dapat.
Justeru, teruskan berusaha, jangan duduk sahaja kerana ramai manusia yang menyesal kerana tidak sempat nak berusaha.
Adalah lebih baik mencuba sesuatu yang agung dan gagal, daripada mendapat sesuatu tanpa melakukan apa-apa.
Tag :
Kata-Kata Hikmah,
Motivasi
2 Komentar untuk "Jangan Tidak Mencuba"
nice info..
nasib baik dh usaha baca n3 ni..
terima kasih