Hari Ini Sudah Berselawat

Rahsia MUSLIM

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Hari ini saya ingin berkongsi tips untuk menjadi orang yang berjaya. Tips ini merupakan singkatan daripada perkataan MUSLIM yang saya perolehi daripada seorang pensyarah semasa saya belajar dahulu.

Suka saya kalau dapat berkongsi dengan anda dan sama-sama kita mengaplikasikan tip ini dalam kehidupan kita.

Rahsia MUSLIM


Success







M-Matlamat


seorang yang ingin berjaya mesti mempunyai matlamat yang jelas, contohnya matlamat untuk memasuki syurga Allah SWT, menjadi hamba Allah SWT yang bertaqwa, mendapat Ijazah Sarjana, dapat 10A dalam SPM dan sebagainya.


U-Usaha


Bagi mencapai sesuatu matlamat yang telah ditetapkan, perkara yang tidak boleh tidak kita mesti lakukan ialah dengan usaha yang bersungguh-sungguh. Allah SWT telah berjanji di dalam Al-Quran bahawa siapa yang berusaha dia akan berjaya.


S-Sabar.


Dalam proses mencapai sesuatu matlamat, kita bakal berdepan dengan pelbagai rintangan dan dugaan. Oleh itu, kita perlu sabar dan teruskan berusaha.


L-Luhur


Luhur merujuk kepada keikhlasan diri. Apa sahaja yang kita lakukan mesti ikhlas kerana Allah SWT. Ini kerana Allah SWT hanya akan memandang kepada keikhlasan seseorang dalam beramal.


I-Istiqamah


Amalan yang baik ialah amalan yang berterusan dan berkekalan. Konsep istiqamah ialah melakukan sesuatu yang betul caranya, tidak melanggar syarak agama Islam dan berkekalan.


M-Muhasabah


Kita perlu sedar bahawa setiap usaha kita tidak ada jaminan akan hasilnya, melainkan dengan izin Allah SWT. 

Oleh itu, kita perlu sentiasa memuhasabah diri, insafi kelemahan diri, melakukan 'check list' kesilapan diri dan berdoa kepada Allah SWT memohon keampunan serta pertolongan darinya. 

Doa mesti seimbang dengan usaha yang dilakukan. InsyaAllah kita boleh berjaya.
Tag : Motivasi
0 Komentar untuk "Rahsia MUSLIM"

Back To Top