Motivasi boleh menyebabkan manusia bertindak untuk melakukan sesuatu yang diingini. Motivasi tidak semestinya semangat yang kuat yang mendorong manusia berbuat perkara yang positif. Ini kerana manusia boleh juga dimotivasikan untuk melakukan jenayah, salah guna kuasa, sabotaj musuh atau membalas dendam. Inilah contoh-contoh motivasi manusia yang songsang tetapi masih mempunyai semangat motivasi yang kuat.
Motivasi boleh juga dianggap sebagai kuasa yang disebabkan oleh perbuatan dan sesuatu perbuatan itu boleh mempunyai motif yang pelbagai. Sebagai contoh, seorang itu boleh dimotivasikan untuk melakukan senaman mungkin kerana dia mahu menjadi gagah, kerana mengidap penyakit jantung, kerana menghadapi tekanan perasaan dan kerana hendak menghilangkan berat badan. Contoh yang diberikan tadi sebenarnya dorongan untuk melakukan senaman disebabkan faktor luaran.
Sebenarnya motif memainkan peranan penting untuk memotivasikan diri sendiri atau orang lain. Cuba bayangkan seorang lelaki yang meminta pendapat anda untuk berkenaan jadual latihan kecergasan. Tanpa mengetahui motif lelaki tadi, anda tidak dapat merancang jadual latihan kecergasan yang sesuai. Kalau dia berlatih untuk perlumbaan jarak jauh dan anda memberi latihan angkat berat yang intensif, dia akan membayangkan bahawa motif latihan yang dijalani tidak sesuai dengan apa yang dirancangkan. Oleh itu, dengan mengetahui apa motif lelaki tadi dapatlah memotivasikan lelaki itu untuk mencapai impiannya.
Tag :
Motivasi
0 Komentar untuk "Motif Untuk bermotivasi"