Perancangan masa yang baik perlu mengikut beberapa langkah yang berkesan iaitu:
- Menghargai masa- Masa perlu dihargai kerana ia merupakan anugerah Allah SWT yang sangat tinggi harganya. Masa akan terus begerak dan tidak boleh dimiliki oleh sesiapa pun serta tidak akan kembali lagi.
- Menghitung masa- Pelajar contohnya perlu menghitung masa yang tertinggal sebelum menghadapi peperiksaan untuk membuat persediaan peperiksaan.
- Membahagi masa- Masa perlu dibahagi dengan bijaksana dengan merancang masa untuk melakukan aktiviti-aktiviti harian, mingguan, bulanan dan tahunan.
- Menggunakan masa secara cekap dan berkesan- Aktiviti-aktiviti pembelajaran yang telah dirancang sepatutnya dipatuhi dan pelajar perlu mendisiplinkan diri untuk melaksanakan aktiviti seperti yang dirancang dengan menggunakan masa yang ada dengan cekap dan berkesan.
Sumber:
Dr.Hanfi Ismail (2005). Pengurusan Masa Pelajar. Kuala Lumpur: Al-Hidayah Publisher
Tag :
Motivasi
2 Komentar untuk "Prosedur Perancangan Masa Terbaik"
thanks..tip yang membantu sangat2 ni..
welcome..datang la lagi dan beri komen untuk penambahbaikan blog ini. thanks