Hari Ini Sudah Berselawat

Ciri-Ciri Pelajar Yang Suka Bertangguh

Di antara ciri-ciri pelajar yang gemar bertangguh ialah:
  1. Pelajar tidak mempunyai perancangan aktiviti harian, mingguan atau bulanan yang khusus dan menyebabkan pelajar tersebut tidak tahu apa yang hendak dibuat dengan masa yang ada pada mereka
  2. Pelajar tidak sedar akan kepentingan masa dan betapa bernilainya masa kepada kehidupan seseorang pelajar
  3. Pelajar tidak mempunyai matlamat jangka panjang dan matlamat jangka pendek yang jelas. Kesannya mereka tidak tahu arah yang hendak dituju
  4. Pelajar tidak mempunyai cita-cita tinggi. Mereka tidak percaya kepada kebolehan dan keupayaan diri sendiri.
  5. Pelajar tidak menetapkan masa untuk menyelesaikan kerja rumah atau tugasan yang diberikan oleh guru atau pensyarah. Ini menyebabkan mereka suka bertangguh
  6. Pelajar tidak mempunyai disiplin diri yang kuat atau tegas. Mereka mudah menerima segala ajakan kawan-kawan dan mudah terikut-ikut dengan apa yang dibuat oleh rakan-rakan mereka
  7. Pelajar tidak berdaya maju dan tidak mempunyai semangat untuk bersaing dan menjadi pelajar terbaik
  8. Pelajar terlalu merendah diri dan cepat merasa puas hati dengan apa yang telah dicapai selam ini
  9. Pelajar tidak mempunyai pegangan agama yang kuat dan menyebabkan mereka mulai leka dan lalai apabila berhadapan dengan hiburan yang melalaikan.

Sumber:

Dr.Hanfi Ismail (2005). Pengurusan Masa Pelajar. Kuala Lumpur: Al-Hidayah Publisher.

Tag : Motivasi
0 Komentar untuk "Ciri-Ciri Pelajar Yang Suka Bertangguh"

Back To Top